Judul : Undi Ayda untuk MTV
link : Undi Ayda untuk MTV
Undi Ayda untuk MTV
Betapa besarnya nikmat hidup yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umat-Nya yang bernama manusia.
Justeru, amat penting sekali kita sentiasa mengucapkan rasa bersyukur terhadap pelbagai nikmat yang dikecapi.
Apapun, adik juga ingin ucapkan selamat berhujung minggu buat anda semua. Harap kalian sihat hendaknya.
Syukur adalah kalimah yang adik tidak henti lafaz daripada bibir apabila menerima setiap khabar gembira mengenai pembabitan adik dalam industri seni tanah air.
Terbaru, adik memanjatkan syukur apabila mendapat pencalonan awal kategori SEA Social Wildcard (Malaysia) mewakili rantau Asia Tenggara ke Anugerah MTV Europe Music Awards 2017.
Anugerah berprestij mengiktiraf penggiat muzik terkenal antarabangsa itu akan berlangsung di London, England pada 12 November depan.
Biarpun masih di peringkat awal, jujur adik berbangga kerana peluang itu membolehkan adik membawa nama Malaysia ke peringkat global.
Rasa macam mimpi pun ada. Dalam ramai selebriti di Malaysia, adik yang terpilih! Memang bertuah kan?
Sejujurnya adik seakan-akan tidak percaya apabila dikhabarkan mengenai pencalonan awal ini. Maklumlah MTV EMA anugerah muzik yang begitu popular di peringkat antarabangsa. Susah sebenarnya nak dicalonkan dalam pertandingan ini.
Bagi adik, pencalonan awal ini sudah besar rahmat kerana antara ramai selebriti tempatan yang ada, adik antara penyanyi terpilih sekali gus memberi kesedaran kepada negara luar bahawa ada calon dari Malaysia.
Meskipun adik sedar ramai tidak berpuas hati dan tertanya-tanya mengapa nama adik dicalonkan kerana ramai lagi selebriti berbakat, tetapi adik anggap ini adalah rezeki dan aturan daripada-Nya.
Apapun, siapa adik mahupun anda yang kurang berpuas hati untuk mempertikaikan rezeki yang sudah ditetapkan-Nya.
Bagi adik, daripada kita cari ruang bertelagah dan mempersoalkan pencalonan adik dalam anugerah itu, lebih baik kita sama-sama menyokong dan mengundi. Sekurang-kurangnya ada wakil Malaysia yang terpilih dalam anugerah gilang-gemilang berkenaan.
Usah asyik pertikai dan terus mengecam adik. Adalah lebih baik buat perkara yang lagi bermanfaat kan?
Tapi betullah, kalau kita boleh sokong semua atlet yang mengharumkan nama Malaysia, kenapa kita tidak boleh berganding bahu untuk membangunkan industri muzik di Malaysia?
Selain Datuk Siti Nurhaliza dan Yuna yang sememangnya sudah terkenal di luar Malaysia, kita mesti nak juga tengok ada penyanyi lain yang turut mengikut jejak mereka bukan? Lagi ramai yang berjaya lagi bagus!
Juasteru, adik berharap supaya peminat dan seluruh rakyat Malaysia dapat memberikan undian yang boleh dilakukan secara percuma di laman Twitter.
Di sini adik kongsikan cara undian untuk pencalonan adik di MTV EMA itu. Undian di Twitter perlu dihantar berserta tanda palang #NominateAydaJebat dan #MTVEMA sebelum atau pada 3 Oktober ini, jam 7 pagi.
Walaupun adik tidak nafikan calon lain semuanya hebat seperti Peck Palit dari Thailand, Raisa (Indonesia), Sezairi (Singapura) dan kumpulan The Ransom (Filipina), adik percaya kalau semua rakyat Malaysia bersatu hati pasti kita mampu mengharumkan nama tanah air tercinta ini.
Apa kata, untuk kali ini kita sama-sama bangkitkan semangat memajukan industri seni nyanyian tempatan.
Sementara itu, adik juga ingin memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila Khamis lalu, adik berpeluang mengadakan konsert Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix 2017 yang dibawakan khas oleh Litar Antarabangsa Sepang.
Konsert itu bersempena meraikan penganjuran Anugerah Planet Muzik 2017 (APM 2017) yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Selain adik, penyanyi lain turut membuat persembahan ialah Datuk Rossa dan Anji dari Indonesia, Aisyah Aziz, Hael Husaini dan Harris Baba.
Pengalaman itu, bagi adik antara detik terindah kerana perlumbaan kali ini adalah yang terakhir diadakan di Malaysia.
Jadi, adik bersyukur dapat menyanyikan beberapa lagu sempena perlumbaan Formula 1 itu.
Bertuah rasanya diri adik. Tapi bertuah lagi buat calon suami adik nanti kerana akan mendapat bakal isteri yang kuat bekerja dan comel pula! Hihi! Gurau saja. #AydaHebat
The post Undi Ayda untuk MTV appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Undi Ayda untuk MTV
Anda sekarang membaca artikel Undi Ayda untuk MTV dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/undi-ayda-untuk-mtv.html