Judul : Ayah Jual Anak-Anaknya Kerana Dadah, Nenek Bermatian Pertahankan Satu-Satunya Cucunya Yang Masih Tinggal
link : Ayah Jual Anak-Anaknya Kerana Dadah, Nenek Bermatian Pertahankan Satu-Satunya Cucunya Yang Masih Tinggal
Ayah Jual Anak-Anaknya Kerana Dadah, Nenek Bermatian Pertahankan Satu-Satunya Cucunya Yang Masih Tinggal
Itulah yang diharapkan oleh seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 7 tahun yang dikenali sebagai Ah Bi yang kini dibesarkan oleh nenek iaitu ibu kepada bapanya.
Ah Bi mempunyai 4 orang adik-beradik dan ibunya telah meninggalkannya ketika beliau berusia 3 bulan dan ayahnya pula dikatakan seorang penagih dadah yang dipercayai cuba menjualnya kepada orang asing demi mendapatkan bekalan dadah.
Ketiga-tiga adik-beradiknya yang berusia 5 sehingga 9 tahun dilaporkan telah dijual kepada orang yang tidak dikenali oleh ayahnya sendiri kerana ketagihan dadah yang melampau.
Menurut The Star, disebabkan itulah nenek Ah Bi, Man Tai Hoh berusaha menjaga Ah Bi sebaik mungkin semenjak kecil agar tidak dijual oleh ayah Ah Bi kepada orang lain. Ah Bi tinggal bersama neneknya yang semakin dimamah usia di sebuah rumah pangpsapuri di Larkin, Johor.
Meskipun dikatakan tidak berkemampuan, neneknya itu sentiasa berusaha mencari rezeki dengan mengutip kadbod dan tin kosong demi memelihara Ah Bi selain turut mendapat bantaun bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 setiap bulan.
Menurut nenek Ah Bi, dia amat menyayangi cucunya itu dan menjaganya dengan sepenuh hati umpama menatang minyak yang penuh serta memberikan Ah Bi persekolahan yang sempurna dan turut menghantarnya ke kelas tuisyen demi pelajaran AH Bi walaupun sering menghadapi kesukaran.
Menurut Hoh lagi, dia merasakan telah tiba masanya sekarang untuk Ah Bi memiliki keluarga yang baru memandangkan dia semakin berumur dan tidak lagi dapat menjaga cucunya itu kerana sering menghadapi masalah kesihatan yang tidak menentu.
Nenek Ah Bi menambah, seboleh-bolehnya dia menginginkan Ah Bi dijaga oleh keluarga yang baru secepat mungkin kerana bimbang dengan cucunya itu akan mengalami nasib yang sama seperti 3 adik-beradiknya yang telah dijual kepada orang lain sebelum ini.
Nenek Ah Bi turut memberitahu bahawa dia tidak ingin menghantar cucunya itu ke rumah anak yatim kerana khuatir Ah Bi diambil semula oleh ayahnya, malah nenek Ah Bi mengatakan dia menjaga cucunya itu seperti menjaga nyawanya sendiri dan dia bernafas kerana cucu kesayangannya itu.Hoh turut bersetuju akan memberikan Ah Bi kepada keluarga angkatnya yang baru sekiranya mereka berjanji akan menjaga cucunya itu dengan baik serta mengikut prosidur dan undang-undang penjagaan anak angkat seperti yang telah ditetapkan. - The Star
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Ayah Jual Anak-Anaknya Kerana Dadah, Nenek Bermatian Pertahankan Satu-Satunya Cucunya Yang Masih Tinggal
Anda sekarang membaca artikel Ayah Jual Anak-Anaknya Kerana Dadah, Nenek Bermatian Pertahankan Satu-Satunya Cucunya Yang Masih Tinggal dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/ayah-jual-anak-anaknya-kerana-dadah.html