Akta 258 Perlu Pindaan Untuk Tadbir Urus Yayasan Terbaik

Akta 258 Perlu Pindaan Untuk Tadbir Urus Yayasan Terbaik - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Akta 258 Perlu Pindaan Untuk Tadbir Urus Yayasan Terbaik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Akta 258 Perlu Pindaan Untuk Tadbir Urus Yayasan Terbaik
link : Akta 258 Perlu Pindaan Untuk Tadbir Urus Yayasan Terbaik

Baca juga


Akta 258 Perlu Pindaan Untuk Tadbir Urus Yayasan Terbaik

PUTRAJAYA – Akta 258 yang membenarkan penubuhan yayasan untuk membantu golongan kurang bernasib baik memerlukan penambahbaikan melalui pindaan bagi tadbir urus terbaik selaras dengan perkembangan semasa yang mencabar serta pendekatan kerajaan yang berpaksikan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata yayasan yang tidak berteraskan keuntungan itu perlu diperkasakan kerana pengurusannya berdepan cabaran tertentu dan terdedah kepada ruang dan peluang untuk menyalahgunakan tabung amanah yayasan bagi kepentingan peribadi.

Katanya pemerbadanan yayasan di bawah Akta 258 membolehkan ia mempunyai entiti perundangan, berstatus sebagai badan korporat, seterusnya dapat memastikan kepentingan awam terutamanya penyumbang dana sentiasa dilindungi dan kebolehpercayaan terhadap pemegang amanah berada pada tahap tertinggi.

Menurut Azalina, Akta  258 yang dikuatkuasakan pada 1952 itu hanya  sekali  melalui pindaan ‘editorial’ pada 1981, yang bermakna tiada sebarang pindaan substantif dilakukan lebih 35 tahun.

Berucap pada perhimpunan bulanan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) di sini hari ini, Azalina berkata atas sebab itu, BHEUU wajar mencadangkan pindaan-pindaan sewajarnya pada akta berkenaan bagi pertimbangan dan kelulusan jemaah me

“Saya amat berharap yayasan yang dikecualikan cukai dan berteraskan kebajikan ini kekal bebas daripada unsur negatif yang boleh menghilangkan keyakinan penyumbang dan masyarakat,”katanya.

Beliau berkata penubuhan yayasan yang kini berjumlah 380 buah memerlukan pengorbanan pemegang amanah untuk melakukan kebaikan dengan memberi sumbangan masa, tenaga atau kebolehan tanpa mengharapkan sebarang ganjaran sama ada dalam bentuk wang atau kebendaan.

Pada majlis itu, Azalina turut menyerahkan sijil pemerbadanan kepada lapan yayasan yang terlibat dalam aktiviti berbentuk keagamaan, pendidikan, sosial dan kesusasteraan.

– BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Akta 258 Perlu Pindaan Untuk Tadbir Urus Yayasan Terbaik

Sekianlah artikel Akta 258 Perlu Pindaan Untuk Tadbir Urus Yayasan Terbaik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Akta 258 Perlu Pindaan Untuk Tadbir Urus Yayasan Terbaik dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/akta-258-perlu-pindaan-untuk-tadbir_11.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :