Selangor Kaya Tapi Stadium Rosak Minta KBS Bantu?

Selangor Kaya Tapi Stadium Rosak Minta KBS Bantu? - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selangor Kaya Tapi Stadium Rosak Minta KBS Bantu?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selangor Kaya Tapi Stadium Rosak Minta KBS Bantu?
link : Selangor Kaya Tapi Stadium Rosak Minta KBS Bantu?

Baca juga


Selangor Kaya Tapi Stadium Rosak Minta KBS Bantu?

BARU-BARU ini netizen propembangkang ‘kecoh’ bangga dengan kejayaan kerajaan Selangor mampu memberi bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri sempena sambutan Aidilfitri.

Mereka dabik dada mendakwa kononnya ia ekoran kehebatan pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali menjana pendapatan negeri; seraya pula memperlekehkan BR1M anjuran kerajaan Pusat sebagai dedak rasuah!

Hakikatnya, insiden ribut kencang pada malam Rabu lalu sehingga merosakkan sebahagian bumbung Stadium Shah Alam ketika perlawanan persahabatan antarabangsa Malaysia-Myanmar akhirnya membongkar realiti sebenar.

Kerajaan Selangor dilaporkan ‘selamba’ memohon bantuan kerajaan Pusat menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membaik pulih kerosakan di arena ikonik bola sepak kebanggaan skuad gergasi merah putih tersebut.

Alasannya cukup mudah iaitu stadium yang dibina dengan kos RM480 juta dan kapasiti 80,000 penonton itu bakal menjadi venue untuk beberapa perlawanan bola sepak ketika berlangsung Sukan SEA KL 2017 pada bulan depan.

Permohonan diutarakan Exco Sukan Selangor, Amirudin Shari pada Khamis itu bukan sahaja pelik tetapi turut cetus persoalan cepumas tahap kewangan kerajaan negeri termaju itu yang selama ini dikatakan memiliki dana besar.

Media pada Jumaat melaporkan kerosakan bumbung Stadium Shah Alam akibat ribut tersebut hanya memerlukan sekitar RM600,000 untuk dibaik pulih dan jumlah itu agak kecil berbanding pemberian bonus raya kerajaan negeri.

Mujur KBS prihatin dengan senario tersebut malahan menterinya, Khairy Jamaludin ketika ditemui pemberita di Jerantut, Pahang mengesahkan bersedia membantu kerajaan Selangor membaiki kerosakan Stadium Shah Alam.

Malah beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali untuk melakukan lawatan ke stadium itu secepat mungkin bagi tujuan tersebut kerana menyedari kerajaan Selangor ada masalah kewangan.

“Kita akan bantu sebab saya tahu ada kekangan kewangan di peringkat kerajaan negeri. Lagipun Stadium Shah Alam pun akan digunakan sebagai venue pertandingan Sukan SEA,” kata Khairy mengulas kerosakan bangunan itu.

Kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu ketika merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Jerantut sekali gus mengesahkan Selangor bukanlah kaya mana pun. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Selangor Kaya Tapi Stadium Rosak Minta KBS Bantu?

Sekianlah artikel Selangor Kaya Tapi Stadium Rosak Minta KBS Bantu? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selangor Kaya Tapi Stadium Rosak Minta KBS Bantu? dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/selangor-kaya-tapi-stadium-rosak-minta_15.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :