Air Bersih Di RKT Kesedar Chalil Awal Tahun Depan

Air Bersih Di RKT Kesedar Chalil Awal Tahun Depan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Air Bersih Di RKT Kesedar Chalil Awal Tahun Depan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Air Bersih Di RKT Kesedar Chalil Awal Tahun Depan
link : Air Bersih Di RKT Kesedar Chalil Awal Tahun Depan

Baca juga


Air Bersih Di RKT Kesedar Chalil Awal Tahun Depan

GUA MUSANG – Masalah bekalan air bersih yang dihadapi penduduk Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Chalil di sini  sejak 30 tahun lepas, bakal diatasi melalui projek khas bernilai RM4.8 juta awal tahun depan.

Timbalan Pengerusi Kesedar Datuk Nozula Mat Diah berkata projek Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagi menaik taraf kemudahan bekalan air bersih itu sedang dijalankan dan dijangka siap awal tahun depan bagi kemudahan 1,500 penduduk sekitar.

“Projek ini bermula Mac lepas setelah penduduk merayu supaya kerajaan mempercepat usaha untuk menyelesaikan masalah bekalan air yang sering terputus (ketika kemarau) selain kualiti air berkeladak,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan projek berkenaan hari ini.

Menurutnya projek itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf semua saluran paip air ke rumah penduduk dan membina tangki baharu yang lebih besar untuk menampung keperluan jangka panjang.

Beliau berkata kawasan RKT Kesedar itu tidak mendapat bekalan air yang disediakan oleh syarikat Air Kelantan Sdn Bhd sebaliknya bergantung kepada sumber air takungan dari kawasan berbukit berhampiran.

“Walaupun (selepas ini)  sumber air masih bergantung kepada tadahan air yang mengalir dari kawasan berbukit, namun air itu akan diproses terlebih dahulu sebelum disalurkan kepada pengguna,” katanya.

Norzula berkata pihaknya akan memastikan sumber air yang digunakan itu mempunyai kualiti air yang terjamin dari aspek kebersihan dan kesihatan. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Air Bersih Di RKT Kesedar Chalil Awal Tahun Depan

Sekianlah artikel Air Bersih Di RKT Kesedar Chalil Awal Tahun Depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Air Bersih Di RKT Kesedar Chalil Awal Tahun Depan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/air-bersih-di-rkt-kesedar-chalil-awal_18.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :