Judul : 5 Perkara Tentang Menggosok Baju Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
link : 5 Perkara Tentang Menggosok Baju Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
5 Perkara Tentang Menggosok Baju Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Menggosok baju adalah satu aktiviti harian yang sering kita lakukan. Nak pergi kerja, kena gosok baju kemeja/pakaian pejabat. Yang perempuan pulak, sebelum keluar rumah, wajib gosok tudung terlebih dahulu. Belum kira baju yang perlu digosok kalau nak pergi kenduri, baju sekolah anak, baju nak pakai di hari raya dan sebagainya. Tak pernah lagilah Abang Nara jumpa orang yang tak pernah gosok baju.
Hari ini, Abang Nara nak berkongsi dengan anda semua, 5 perkara yang mungkin anda tidak tahu tentang menggosok baju. Diharap dengan perkongsian ini, anda akan lebih cekap dan efektif dalam menggosok baju selepas ini.
1. Lagi berat seterika, lagi mudah hilang kedutan baju?
Konsep lagi berat seterika, lagi senang hilang kedutan baju adalah tidak betul sama sekali. Ramai yang percaya dengan konsep ini sampai terbeli seterika old school yang berat, sekaligus menyebabkan tangan mereka cepat letih dan lenguh ketika menggosok baju. Senang je sebenarnya nak menghilangkan kedutan di baju. Hanya perlu gunakan seterika wap (stream) yang kini banyak dijual di pasaran. Ia dapat menghilangkan kedutan dengan pantas dan efektif serta lebih ringan berbanding seterika kering old school. Gosok berpuluh-puluh helai baju pun tangan tak rasa penat.
2. Tak sama ke seterika wap(steam) dengan renjis air masa menggosok?
Salah satu teknik yang selalu digunakan ketika menggosok baju ialah merenjis air ke pakaian untuk memudahkan penggosokan. Namun teknik ini sebenarnya hanya memberi kesan ke atas permukaan fabrik. Dengan seterika wap, sampai ke dalam fabrik pun akan ditembusi. Jadi kesannya lebih efektif dan lebih sempurna berbanding merenjis air. Lagi satu tak adalah tetiba tengah menggosok baju tue tertumpah secawan air. Tak pasal-pasal kena habiskan masa mengemas pulak.
Sekarang ini ada seterika steam generator yang lebih berkuasa berbanding seterika steam biasa. Ia membolehkan kita menggosok baju 2 kali lebih pantas. Jimat masa, jimat tenaga dan jimat elektrik. Abang Nara rasa teruja pula nak cuba seterika steam generator nie.
3. Baju dah gosok tapi berkedut balik?
Mesti korang stress apabila dah penat menggosok baju tup-tup bila nak pakai, baju tue berkedut balik? Haaa. Puncanya tak lain tak bukan ialah kerana suhu plat seterika anda tak mencukupi dan tidak tepat. Hanya suhu yang betul sahaja akan membolehkan anda mendapatkan hasil penggosokan baju yang sempurna dengan seterika wap. Kebiasannya setiap baju akan mempunyai label di bawah untuk memudahkan anda memilih suhu yang sesuai ketika menggosok baju. Pemilihan plat seterika yang bersesuaian juga amat penting.
4. Habis camner nak pilih plat seterika yang betul?
Memang banyak pilihan plat seterika di pasaran sampai boleh memeningkan kepala. Tak perlu risau. Senang je nak pilih sebenarnya. Cuma perlu pilih plat seterika dengan high glideability dan mudah untuk dimaintain yang akan membolehkan anda menggosok dengan lebih laju dan mudah. Senang cerita, pilih seperti gambar di bawah. Confirm puas hati punya.
5. Seterika wap/steam vs seterika steam generator: Mana satu lagi best?
Satu kelebihan seterika steam generator ialah kewujudan boiler di dalamnya. Seterika wap/steam biasa tak ada boiler nie. Fungsi boiler ini adalah untuk menghasilkan high pressure steam yang akan memudahkan dan mencepatkan proses menggosok baju. Kebiasaannya lagi, seterika steam generator turut hadir dengan water tank yang besar. Ini bermakna kita tak perlu nak refill air selalu sangat. Abang Nara dah ushar dah seterika stream generator yang ada di pasaran. Salah satu yang terbaik ialah Tefal Actis Steam Generator GV6340.
Semua function best-best yang telah Abang Nara ceritakan di atas ada di dalam Tefal Actis Steam Generator GV6340 ini. Siap fungsi auto offlagi bila kita dah tak guna seterika. Lagi best, seterika ini sedang dijual dengan diskaun sebanyak 41% di Lazada. Harga asal RM999 kini cuma RM589 sahaja. Memang berbaloi-baloi. Kalau beli satu hadiahkan untuk isteri tercinta confirm dia suka punya.
Kalau nak lebih yakin, boleh tengok video kehebatan Tefal Actis Steam Generator GV6340 di bawah. Berdasarkan review daripada para pengguna, memang semua berpuas hati dengan mutu seterika ini.
Jadi tunggu apa lagi? Dapatkannya sekarang di http://bit.ly/Lazada_TefalActisFBP. Selamat menggosok baju.
[jetpack-related-posts]
Sumber: Beautifulnara
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel 5 Perkara Tentang Menggosok Baju Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Anda sekarang membaca artikel 5 Perkara Tentang Menggosok Baju Yang Mungkin Anda Tidak Tahu dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/5-perkara-tentang-menggosok-baju-yang.html