Rogol: Bapa dihukum penjara 80 tahun, 24 sebatan

Rogol: Bapa dihukum penjara 80 tahun, 24 sebatan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rogol: Bapa dihukum penjara 80 tahun, 24 sebatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rogol: Bapa dihukum penjara 80 tahun, 24 sebatan
link : Rogol: Bapa dihukum penjara 80 tahun, 24 sebatan

Baca juga


Rogol: Bapa dihukum penjara 80 tahun, 24 sebatan

Seorang pekerja am dijatuhkan hukuman penjara 80 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan merogol anak kandungnya sejak tiga tahun lalu.

Hakim Dayang Ellyn Narissa Abang Ahmad menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 40 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan enam sebatan bagi setiap pertuduhan.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, hanya mengangguk kepalanya ketika keputusan dibacakan kepadanya, dan hakim memutuskan supaya hukuman dijalankan secara berasingan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa  melakukan perbuatan terkutuk terhadap anak perempuannya sebanyak empat kali dalam tempoh tiga tahun lepas, bermula sejak Mac 2015 ketika mangsa itu berusia 14 tahun di sebuah rumah di Padawan, kira-kira 65 km dari sini.

Mangsa juga dibawa oleh bapanya ke farmasi dan dipaksa makan pil pencegahan kehamilan selepas  dirogol, dan selepas tidak tahan dengan keadaan tersebut, mangsa bertindak memberitahu ibunya mengenai perlakuan bapanya itu melalui aplikasi WeChat.

Tertuduh ditahan beberapa bulan lalu, selepas ibu mangsa membuat laporan polis.

Terdahulu, tertuduh, yang menundukkan muka sepanjang prosiding berlangsung, memohon mahkamah meringankan hukuman atas alasan dia harus menjaga tiga anak perempuan dan seorang lelaki, termasuk mangsa.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Haresh Prakash memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana perbuatan tertuduh menyebabkan mangsa trauma.

“Sumbatkan dia ke dalam penjara untuk jangka panjang dan buang kunci tersebut”, katanya.

The post Rogol: Bapa dihukum penjara 80 tahun, 24 sebatan appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Rogol: Bapa dihukum penjara 80 tahun, 24 sebatan

Sekianlah artikel Rogol: Bapa dihukum penjara 80 tahun, 24 sebatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rogol: Bapa dihukum penjara 80 tahun, 24 sebatan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/rogol-bapa-dihukum-penjara-80-tahun-24.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :