Tak perlu badutkan diri untuk dikenali: Fizo Omar

Tak perlu badutkan diri untuk dikenali: Fizo Omar - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak perlu badutkan diri untuk dikenali: Fizo Omar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak perlu badutkan diri untuk dikenali: Fizo Omar
link : Tak perlu badutkan diri untuk dikenali: Fizo Omar

Baca juga


Tak perlu badutkan diri untuk dikenali: Fizo Omar

BERJAYA dalam bidang perniagaan, Fizo Omar dilantik sebagai Ikon Program Rakan Strategik Lada (Lembaga Pembangunan Langkawi).

Adun Kuah, Nor Saidi Nanyan berkata, pelantikan itu dibuat selepas melihat rekod dan pencapaian Fizo yang amat berjaya dalam perniagaan yang dibina dalam tempoh dua tahun.

“Saya melihatnya sebagai ikonik untuk orang muda yang boleh memperkasakan golongan itu dalam merancakkan pembangunan ekonomi negara.

Advertisement

“Dia tidak perlu membadutkan diri seperti sesetengah orang untuk dikenali di laman sosial dan kita pula kekurangan hero di kalangan orang muda,” katanya.

Bersyukur di atas pelantikan tersebut, Fizo menganggap peluang yang diberikan sangat bermakna bahkan juga buat lebih 200 peserta yang mengikuti program Rakan Strategik Lada.

“Alhamdulillah, saya menerima pelantikan ini dengan hati terbuka dan apa yang penting ia adalah peluang untuk saya berkongsi pengalaman membina perniagaan bersama mereka yang baru melangkah dalam lapangan ini.

“Beliau beritahu saya mengenai peluang perniagaan yang terbuka luas di Langkawi terutama berkaitan pelancongan yang masih belum dimanfaatkan oleh anak-anak muda di sini.

“Saya berharap kehadiran saya dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk merebut peluang yang ada,” katanya.

Katanya, masih banyak ruang yang belum diterokai sepenuhnya dan mampu dikomersialkan walaupun Pulau Lagenda itu sudah terkenal di dunia.

“Saya ada mencadangkan kepada Lada yang bertanggungjawab memajukan pelancongan Langkawi dalam beberapa perkara termasuk perkhidmatan di Tasik Dayang Bunting dan Ayer Hangat Village.

“Saya lihat peluang yang sangat besar terutama daripada perspektif pemasaran digital dan saya juga kagum dengan usaha beliau untuk mempertingkatkan ekonomi rakyat setempat seperti pembinaan gerai makanan tradisional di Tanjung Pandan, Pulau Tuba yang kini kembali ‘hidup’ dengan kehadiran pelancong.

“Insya-ALLAH, saya di Fizo Omar Channel akan membantu semampu mungkin dalam menjayakan lagi perancangan beliau,” katanya.

Sebelum itu, Fizo dan empat wakil syarikatnya dibawa melawat ke beberapa lokasi pelancongan Pulau Lagenda itu seperti di Oriental Village, Gunung Machincang, Ayer Hangat Village, Pulau Tuba dan meninjau Tasik Dayang Bunting dari udara menaiki helikopter tajaan HeliOutPost, awal Februari lalu.

“Kami juga dibawa menikmati makan tengah hari di gerai Mak Ngah Gulai Panas dan sebagai pemilik restoran sendiri, boleh saya katakan gulai ikan pancing yang disediakan sangat menyelerakan dan kalau saya ke Langkawi lagi, pasti saya ke sini semula,” katanya

The post Tak perlu badutkan diri untuk dikenali: Fizo Omar appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tak perlu badutkan diri untuk dikenali: Fizo Omar

Sekianlah artikel Tak perlu badutkan diri untuk dikenali: Fizo Omar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tak perlu badutkan diri untuk dikenali: Fizo Omar dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/03/tak-perlu-badutkan-diri-untuk-dikenali.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :