Judul : Isu Ciplak Tak Halang ‘The Shape of Water’ Raih Filem Terbaik
link : Isu Ciplak Tak Halang ‘The Shape of Water’ Raih Filem Terbaik
Isu Ciplak Tak Halang ‘The Shape of Water’ Raih Filem Terbaik
Filem yang paling banyak meraih nominasi Academy Awards ke-90 atau Oscar 2018, The Shape of Water dinobatkan sebagai film terbaik tahun ini.
Mendapatkan sebanyak 13 pencalonan, filem arahan pengarah Guillermo del ToroOscar itu berjaya membawa pulang tiga lagi anugerah iaitu kategori Pengarah Terbaik, Rekabentuk Penerbitan (Production Design) dan Skor Asal (Original Score).
Film bergenre drama/fantasi ini sekaligus mengenepikan barisan filem yang turut tercalon iaitu Call Me by Your Name, Darkest Hour, Dunkirk, Get Out, Lady Bird, Phantom Thread, The Post, dan Three Billboards Outside Ebbing, Missouri.
Ditayangakan pada 1 Disember tahun lalu, The Shape of Water berdepan dengan isu ciplak. Karya yang mengenengahkan plot fantasi percintaan wanita petugas kebersihan dan satu makhluk misteri itu dianggap meniru salah satu drama yang pernah dipentaskan di panggung di Amerika Syarikat.
Tuntutan kes tersebut telah dibawak ke Mahkamah Persekutuan Los Angeles, pada Februari lalu.
Dalam dakwaan tersebut, Guillermo del Toro, produser Daniel Kraus dan studio film Fox Searchlight telah meniru cerita, elemen, karakter dan tema daripada karya arahan mendiang Paul Zindel, yang dipentaskan sekitar tahun 1969 dan 1990.
Anugerah Oscars tahun ini berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles.
The post Isu Ciplak Tak Halang ‘The Shape of Water’ Raih Filem Terbaik appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Isu Ciplak Tak Halang ‘The Shape of Water’ Raih Filem Terbaik
Anda sekarang membaca artikel Isu Ciplak Tak Halang ‘The Shape of Water’ Raih Filem Terbaik dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/03/isu-ciplak-tak-halang-shape-of-water.html