Haiwan zoo jadi mangsa

Haiwan zoo jadi mangsa - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Haiwan zoo jadi mangsa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Haiwan zoo jadi mangsa
link : Haiwan zoo jadi mangsa

Baca juga


Haiwan zoo jadi mangsa

Krisis di Venezuela kini semakin teruk hingga memaksa pekerja zoo menyembelih haiwan untuk memberi makan kepada haiwan yang lain.

“Keadaan semakin kritikal akibat masalah ekonomi terbaharu yang melanda negara ini. Kebanyakan haiwan termasuk harimau juga semakin kurus kerana tidak diberi makan.

“Kami terpaksa memburu iguana di sekitar zoo dan memancing ikan tilapia di lagun berhampiran untuk mendapatkan bekalan makanan bagi haiwan lain,” kata salah seorang kakitangan taman haiwan tersebut.

Jelasnya, zoo terbabit juga sering berdepan masalah kecurian sejak ekonomi negara itu menjadi huru-hara.

Pada 2016, kira-kira 40 haiwan termasuk tapir dicuri penduduk kelaparan.

Kejadian sama turut berlaku di Zoo Caricuao di Caracas, beberapa penduduk lapar dipercayai membunuh kuda untuk mendapatkan dagingnya.

Menurut veterinar yang telah bekerja selama 13 tahun di Zoo Bararida di Barquisimeto, Carlos Silva memberitahu haiwan lain termasuk burung merak juga dicuri dari pusat haiwan tersebut.

Gaji minimum AS$27 (RM106) sebulan pada kadar pertukaran rasmi hanya cukup untuk membeli 2 kilogram daging.

Jadi, kebanyakan penduduk hanya makan nasi dan ubi kayu seperti cassava.

Bukan hanya haiwan di zoo terkesan akibat krisis itu.

Ramai penduduk juga terpaksa meninggalkan haiwan peliharaan mereka di tepi jalan kerana tidak mampu memberi makan dan memberi vaksinasi.

Anjing liar bukan masalah baharu di kebanyakan bandar utama di Caracas kerana orang miskin turut memburu dan memakan dagingnya. 

Data pada 2017 menunjukkan 87 peratus populasi penduduk hidup dalam kemiskinan.

The post Haiwan zoo jadi mangsa appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Haiwan zoo jadi mangsa

Sekianlah artikel Haiwan zoo jadi mangsa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Haiwan zoo jadi mangsa dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/03/haiwan-zoo-jadi-mangsa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :