Afdlin Shauki pakai tudung, netizen kurang senang

Afdlin Shauki pakai tudung, netizen kurang senang - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Afdlin Shauki pakai tudung, netizen kurang senang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Afdlin Shauki pakai tudung, netizen kurang senang
link : Afdlin Shauki pakai tudung, netizen kurang senang

Baca juga


Afdlin Shauki pakai tudung, netizen kurang senang

MINGGU ini menyaksikan kontroversi berkaitan isu pelancanran koleksi terbaru Naelofar Hijab hangat diperkatakan.

Dan turut sama terpalit dengan kontroversi berkaitan tudung adalah penerbit, pelakon, penyanyi dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki, yang memuat naik video beliau bersama beberapa lelaki dan wanita memakai tudung seolah-olah sebagai satu kumpulan nasyid.

Tindakan itu mengundang rasa kurang senang beberapa netizen yang menganggap Afdlin seolah-olah memperlekehkan wanita bertudung dan agama.

Bagaimanapun menerusi temu bual bersama Sinar Harian, Afdlin berkata, niat sebenarnya hanyalah untuk memberitahu penjenamaan semula tudung Transformer yang kini dikenali sebagai telekung Miasara.

“Ada yang sedia maklum bahawa saya pernah mengeluarkan koleksi tudung Transformer di mana ia juga sebenarnya boleh dijadikan telekung, macam konsep 2 in 1.

“Tapi disebabkan perkataan Transformer sinonim dengan robot dan lebih menjadi minat kaum lelaki, mana saya ambil keputusan untuk membuat penjenamaan semula dengan memperkenalkan sebagai Telekung Miasara.

“Ini disebabkan, jika dikenali sebagai telekung, orang rasa lebih berbaloi memilikinya dengan harga RM150, berbanding jika dijual sebagai tudung, orang rasa lebih mahal kerana hanya tudung.

Afdlin Shauki
“Tapi sangat berbaloi untuk memilikinya kerana selain boleh dijadikan telekung, ia juga boleh dijadikan shawl dan tudung serta memenuhi syariah untuk wanita bertudung,” jelasnya.

Tambah Afdlin, tidak terlintas difikirannya untuk memperlekehkan agama atau mengambil kesempatan di atas kontroversi Naelofar Hijab.

Video yang dirakam dari restoran miliknya di Comedy Planet, Great Eastern Mall itu pula adalah kerana telekung tersebut di jual di sana selain secara atas talian.

Ditanya idea untuk menghasilkan telekung Miasara ini, Afdlin, 47, berkata, segalanya bermula semasa beliau menunaikan umrah bersama ibunya.

“Ketika itu ibu saya perlu bawa banyak beg kerana perlu membawa telekung dan tudung bersama. Selain itu selepas solat di masjid, di lebih selesa memakai tudung apabila berjalan-jalan di sekitar Makkah dan Madinah.

“Jadi saya fikir, kenapa tiada tudung yang boleh berfungsi sebagai telekung, ibarat dua dalam satu. Kalau ada pun tudung dan telekung yang konsep 2 in 1 ini, ia agak leceh kerana perlu dipinkan.

“Tapi berbeza dengan telekung Miasara, semua berkonsep zip dan diperincikan dengan batu dan manik serta renda yang sesuai untuk telekung dan tudung.

“Apa yang boleh saya kata, telekung ini adalah rekaan dari mata seorang lelaki untuk memudahkan ibu saya dan saya harap selepas ini memudahkan lagi ramai kaum hawa,” ujarnya lagi.

The post Afdlin Shauki pakai tudung, netizen kurang senang appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Afdlin Shauki pakai tudung, netizen kurang senang

Sekianlah artikel Afdlin Shauki pakai tudung, netizen kurang senang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Afdlin Shauki pakai tudung, netizen kurang senang dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/03/afdlin-shauki-pakai-tudung-netizen.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :