Zainol MacWilson hasrat aktif berlakon

Zainol MacWilson hasrat aktif berlakon - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zainol MacWilson hasrat aktif berlakon, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zainol MacWilson hasrat aktif berlakon
link : Zainol MacWilson hasrat aktif berlakon

Baca juga


Zainol MacWilson hasrat aktif berlakon

SELEPAS kembali berlakon sejak lebih dua tahun lalu, pelakon terkenal era 1980-an, Zainol Mac Wilson meluahkan hasrat untuk aktif dalam bidang seni.

Meskipun kini menetap di Perth, Australia dan perlu berulang-alik ke Kuala Lumpur, Zainol yang juga bapa kepada pelakon cantik, Zahirah MacWilson tidak melihatnya sebagai sesuatu yang menghalangnya.

“Saya baru sahaja kembali ke Kuala Lumpur selepas beberapa bulan berada di Perth menguruskan peniagaan homestay selain bersama keluarga saya di sana.

“Kebetulan saya mendapat beberapa tawaran berlakon termasuk drama Check In dan Tak Ada Cinta Sepertimu yang memenuhi jadual saya di Kuala Lumpur untuk beberapa bulan ini.

“Alhamdulillah walaupun jauh di Perth, ramai kawan-kawan yang masih ingat saya dan bagi saya tawaran berlakon,” katanya yang mengakui seronok bergandingan dengan anaknya, Zahirah dalam drama terbaru lakonannya itu kerana dapat meluangkan masa bersama anak perempuannya itu yang kini menetap di Kuala Lumpur.

“Drama 16 episod, Tak Ada Cinta Sepertimu ini gandingan kali kedua kami selepas Oh Speak English Please sebagai ayah dan anak.

“Senang berlakon dengan anak sendiri sebab nampak lebih natural dan kita boleh bincang tanpa halangan untuk jayakan sesuatu watak itu.

“Apa pun, saya terbuka untuk berlakon dengan siapa sahaja termasuklah Zul Ariffin, jika tawaran berkehendakkan begitu dan tuan punya badan tidak kisah, saya tidak ada masalah,” katanya berterus-terang.

Dalam pada itu kata Zainol lagi, selain memenuhi tawaran berlakon, dia juga mengambil kesempatan mempromosikan perniagaannya.

“Kebetulan di Kuala Lumpur, saya ambil kesempatan untuk bertemu  ejen pelancongan di sini untuk mempromosikan homestay saya di Perth, selain mencari peluang menjalinkan kerjasama.

“Alhamdulillah setakat ini semuanya memberikan hasil yang positif dan saya gembira dapat guna sepenuhnya masa di Kuala Lumpur dengan aktiviti berkenaan urusan kerja saya,” jelasnya.

Mengulas tentang Zahirah yang memilih untuk terus menetap di Kuala Lumpur dan membina kerjaya sepenuh masanya di sini, bapa kepada empat anak ini tidak pernah menghalang.

“Sebelum ini, Zahirah aktif sebagai model di Australia, namun sejak lebih dua tahun lalu dia mencuba nasib di sini dan diterima ramai hingga kini.

“Saya tidak pernah menghalang. Bukan senang dia nak dapat peluang seperti ini. Biarpun pada awalnya berat hati membiarkan Zahirah berseorangan di sini, saya akur dengan keputusannya untuk hidup berdikari.

“Saya tahu dia boleh jaga diri, lagi pun saudara-mara sebelah ibunya ramai di sini. Jadi mungkin dia tak ada masalah sangat ,” ujarnya kepada Sinar Harian.

The post Zainol MacWilson hasrat aktif berlakon appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Zainol MacWilson hasrat aktif berlakon

Sekianlah artikel Zainol MacWilson hasrat aktif berlakon kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zainol MacWilson hasrat aktif berlakon dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/zainol-macwilson-hasrat-aktif-berlakon.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :