Judul : Tok Adi penggali kubur kembali…
link : Tok Adi penggali kubur kembali…
Tok Adi penggali kubur kembali…
BAGI mereka yang mengikuti drama bersiri Tanah Kubur di Astro Oasis, watak Tok Adi, seorang penggali kubur yang dibawakan oleh Nasir Bilal Khan bukan lagi asing.
Setelah sekian lama ‘hilang’ dari kaca TV selepas drama tersebut berakhir, kini Tok Adi kembali untuk mengubati kerinduan peminatnya.
Bukan menerusi drama Tanah Kubur, sebaliknya Nasir akan muncul dalam drama istimewa 10 episod yang memberi fokus kepada wataknya.
Jelas pengarah drama ini, Rashid Sibir, karya yang diberi judul Tok Adi ini merupakan screen off dari watak popular menerusi drama Tanah Kubur itu.
“Saya mengekalkan pelakon sama iaitu Nasir dan Hamidah Wahad serta dibantu pelakon lain seperti Izzue Islam, Johan As’ari, Saharul Ridzwan dan ramai lagi.
“Turut sama berlakon dalam drama ini adalah pelakon yang sudah lama tidak muncul di kaca TV, iaitu Fouziah Gous,” katanya kepada Sinar Online.
Masih menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan beberapa lokasi di Kuala Selangor, drama Tok Adi dijangka menemui penonton pada bulan Mac depan, juga di Astro Oasis.
The post Tok Adi penggali kubur kembali… appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Tok Adi penggali kubur kembali…
Anda sekarang membaca artikel Tok Adi penggali kubur kembali… dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/tok-adi-penggali-kubur-kembali.html