Takut ‘kena ayam’

Takut ‘kena ayam’ - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Takut ‘kena ayam’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Takut ‘kena ayam’
link : Takut ‘kena ayam’

Baca juga


Takut ‘kena ayam’

DEK kerana diminta memenuhi syarat datang berhibur di pusat karaoke bagi mendapat tawaran berlakon, penyanyi baru, Eka Sharif, 28, sanggup melupakan terus hasrat mahu mencuba nasib bidang lakonan.

Eka atau Nur Atikah Shariffudin yang kini muncul dengan single solo kedua, Separuh Jiwa ketika ditemui berkata meskipun insiden itu berlaku pada Julai tahun lalu tetapi ia masih segar di ingatannya.

“Saya anggap tiada rezeki lagi untuk jadi pelakon dan kejadian itu adalah satu pengalaman buruk pernah dilalui.

“Semuanya berlaku disebabkan saya tidak mendapat tawaran menyanyi selama tiga bulan.

“Saya jadi buntu tidak bekerja kerana sumber pendapatan terganggu. Jadi, melalui maklumat seorang rakan, saya nekad menghadiri satu uji bakat lakonan.

“Sewaktu di sesi uji bakat itu, saya berjumpa dengan ramai pelakon terkenal yang datang mencuba nasib. Jadi, saya yakinlah produksi itu bukan yang baru bertapak dalam industri,” katanya kepada Harian Metro.

Meskipun tidak meletak harapan tinggi, Eka memberitahu dia gembira apabila dimaklumkan ada peluang berlakon dengan produksi terbabit.

“Namun, saya diberi syarat oleh seorang kru dari produksi itu supaya datang berhibur di sebuah pusat karaoke terkemuka di ibu kota pada sebelah malamnya jika mahu memiliki tawaran berlakon disediakan.

“Saya jadi pelik dan tertanya-tanya kenapa harus berhibur di pusat karaoke dahulu untuk dapat tawaran? Lagi menambahkan curiga, saya juga dihalang membawa teman termasuk pembantu peribadi atau pengurus,” katanya.

Eka berkata biarpun dia seorang yang mudah mesra dan suka tampil ranggi tetapi harga dirinya tidak murah. Apatah lagi, nama baik keluarga menjadi keutamaannya untuk dijaga.

Bekas pelajar Akademi Fantasia 9 (AF9) yang turut mendapat jolokan ‘Ratu Smule’ itu berkata selepas insiden berkenaan fokusnya ditumpukan pada bidang nyanyian sahaja.

Ujarnya, bidang lakonan biarkanlah dulu hingga tiba masa sesuai dan dia sudah ada keyakinan semula.

Apapun, disebabkan geram dengan kejadian itu, Eka pernah memuat naik status tidak puas hati dengan produksi terbabit di akaun Facebook (FB) miliknya.

The post Takut ‘kena ayam’ appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Takut ‘kena ayam’

Sekianlah artikel Takut ‘kena ayam’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Takut ‘kena ayam’ dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/takut-kena-ayam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :