Tak irihati kejayaan Hael

Tak irihati kejayaan Hael - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak irihati kejayaan Hael, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak irihati kejayaan Hael
link : Tak irihati kejayaan Hael

Baca juga


Tak irihati kejayaan Hael

PENYANYI dan pelakon Azhar Osman meminta segelintir netizen agar menghentikan spekulasi mengenai hubungan dengan bekas rakan duo Azhael, Hael Husaini, tidak baik.

Azhar, 29, bahkan menafikan dakwaan bahawa dia bermasam muka dan iri hati dengan kejayaan demi kejayaan diraih pemenang Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) itu.

Menurutnya, hubungan mereka tiada masalah langsung dan masih berhubung satu sama lain meskipun haluan sudah berbeza.

“Sejak bersama sebagai Azhael, saya pernah cakap dengan Hael bahawa potensi membawa diri sebagai solo sangat cerah. Dia terbukti berjaya merealisasikannya sekarang dan saya tumpang gembira.

“Macamana timbul isu cemburu atau iri hati itu saya pun tidak tahu kerana selama ini saya memang sentiasa menyokong dia. Kami pun kerap bermesej memberikan kata semangat.

“Tapi biasalah sesetengah orang suka bercakap mengenai apa yang mereka nampak saja. Mereka tidak tahu cerita sebenar terjadi dan tak perlu rasanya kami nak canang-canang di sosial media bahawa kami masih baik.

“Lambat-laun, mereka sendiri akan nampak dan tahu sendiri. Yang penting kita jangan bermasam-muka atau bergaduh dengan orang. Kita buat baik saja dengan semua,” katanya.

Azhar juga mengakui tiada masalah untuk bekerjasama dengan Hael pada masa hadapan dan sedia menyanyikan lagu ciptaan penyanyi serta komposer itu.

“Sejak Azhael lagi saya sudah tahu kebolehan Hael membuat lagu sangat baik. Bahkan saya menyarankan dia membuat lagu untuk kami ketika itu cumanya dia kurang keyakinan lagi.

“Siapa tidak mahu nyanyi lagu ciptaan dia? Bagaimanapun saya kena betul-betul fahami genre terbaik untuk saya terlebih dulu dan mungkin selepas itu barulah boleh berbincang mengenainya,” katanya.

Azhar ditemui pada majlis persandingan rakan artis Fizi Ali dan Shakilla Koriri semalam, bergabung bersama Hael selepas sekian lamanya menyanyikan lagu hit Azhael berjudul Hujung Waktu.

Azhael ditubuhkan pada 2013 dibubar pada tahun lalu apabila Hael membuat pengumuman untuk berundur dan mahu bergerak solo.

The post Tak irihati kejayaan Hael appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tak irihati kejayaan Hael

Sekianlah artikel Tak irihati kejayaan Hael kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tak irihati kejayaan Hael dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/tak-irihati-kejayaan-hael.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :