Judul : Norzizi, Dahlia timang cahaya mata
link : Norzizi, Dahlia timang cahaya mata
Norzizi, Dahlia timang cahaya mata
SELAIN pelakon comel, Nora Danish yang melahirkan anak keduanya, pelakon dan pengarah teater, Dr Norzizi Zulkifli, 42, dan pengacara televisyen, Dahlia Shazwan, 28, turut menimang cahaya mata masing-masing, semalam.
Norzizi yang juga anak kepada pelakon handalan, Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar, selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang juga anak keempatnya.
Berita gembira itu dikongsikan penulis terkenal, Siti Jasmina Ibrahim menerusi akaun Instagram miliknya.
“Alhamdulillah Norzizi Zulkifli sudah selamat melahirkan cahaya mata puteri yang comel.
“Sempat kami melawat beliau dan baby. Tahniah Zizie dan Bayu dikurniakan cahaya mata yang sihat dan sempurna,” tulisnya.
Hasil perkongsian hidup dengan Bayu Utomo Radjikin, 49, Zizie turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu, Muhammad Armada Jiwa, 11, Tulus Jiwa Ramadan, 9 dan Indah Hening Kasih, 8.
Manakala pengacara HLive, yang juga terkenal sebagai gadis Trivago, selamat menimang cahaya mata sulung.
Bayi perempuan yang diberi gelaran baby F itu selamat dilahirkan pada pukul 3.15 pagi dengan berat 2.7 kilogram.
Berita gembira tersebut dikongsikan penerbit Syarikat Global Station, Zetty Adila Ramly menerusi laman Insta Story miliknya.
Menariknya menurut laporan sebuah portal, wad menempatkan Dahlia kebetulan terletak bersebelahan dengan Nora Danish.
Tahniah diucapkan kepada Norzizi dan Dahlia di atas kelahiran orang baru dalam keluarga mereka itu.
The post Norzizi, Dahlia timang cahaya mata appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Norzizi, Dahlia timang cahaya mata
Anda sekarang membaca artikel Norzizi, Dahlia timang cahaya mata dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/norzizi-dahlia-timang-cahaya-mata.html