Niaga katering: Cristina Suzanne ulang-alik KL, Kuantan

Niaga katering: Cristina Suzanne ulang-alik KL, Kuantan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Niaga katering: Cristina Suzanne ulang-alik KL, Kuantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Niaga katering: Cristina Suzanne ulang-alik KL, Kuantan
link : Niaga katering: Cristina Suzanne ulang-alik KL, Kuantan

Baca juga


Niaga katering: Cristina Suzanne ulang-alik KL, Kuantan

BAGI yang sentiasa mengikuti perkembangan pelakon cantik, Cristina Suzanne, pasti ada tertanya-tanya ke mana dia menghilang setelah kelibatnya jarang kelihatan di kaca TV mahu layar lebar sejak akhir-akhir ini.

Apatah lagi laman sosialnya juga jarang dikemas kini membuatkan ramai peminat tidak dapat mengikuti perkembangan terkininya.

Cristina yang ditemui Sinar Harian ketika majlis pratonton filem terbaru lakonannya, Surf This Love, pada Isnin, menjelaskan dia tidak pernah menghilang sebaliknya kini banyak menghabiskan masa bersama keluarganya di Kuantan.

“Sebenarnya dalam tempoh setahun ini, saya sibuk di Kuantan membantu keluarga yang baru sahaja memulakan perniagaan katering di sana.

“Biarpun ia hanya perniagaan kecil-kecilan, namun komitmen saya diperlukan kerana ia merupakan peniagaan keluarga.

“Disebabkan itu, kerjaya seni kini berlangsung sedikit perlahan kerana perlu memberi perhatian kepada dua perkara di tempat yang berbeza,” jelasnya.

Menurutnya lagi penglibatannya dalam perniagaan itu bukan di atas desakan keluarga, sebalik lebih kepada keinginannya sendiri yang mahu mencari pengalaman berbeza.

“Ibu tidak pernah mendesak, sebalik hanya mencadangkan saya untuk membantunya dalam perniagaan tersebut untuk mencari pengalaman.

“Ibu mahu saya dan adik beradik tahu selok-belok perniagaan ini agar suatu nanti kami dapat meneruskan apa yang yang telah dia mulakan ini,” kata Cristina lagi.

Bagaimanapun pelakon berdarah campuran Melayu-Jerman ini tetap berulang-alik ke Kuala Lumpur jika terlibat dengan tawaran lakonan menarik buatnya.

“Saya masih lagi berlakon dan tidak pernah terfikir berhenti berlakon, cuma komitmen baru ini membuatkan saya agak terikat dengan masa.

“Terbaru saya bakal terlibat dengan drama 28 episod, Nafas, yang akan memulakan penggambaran pada minggu ini.

“Alhamdulilah tawaran sentiasa ada, cuma bukan semua yang dapat dilakukan dan ia berbalik pada rezeki,” ujarnya yang cukup dikenali sebagai seorang yang cukup low profile.

The post Niaga katering: Cristina Suzanne ulang-alik KL, Kuantan appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Niaga katering: Cristina Suzanne ulang-alik KL, Kuantan

Sekianlah artikel Niaga katering: Cristina Suzanne ulang-alik KL, Kuantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Niaga katering: Cristina Suzanne ulang-alik KL, Kuantan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/niaga-katering-cristina-suzanne-ulang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :