Macam saya ni kayu, hina sangat: Aliff Syukri

Macam saya ni kayu, hina sangat: Aliff Syukri - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Macam saya ni kayu, hina sangat: Aliff Syukri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Macam saya ni kayu, hina sangat: Aliff Syukri
link : Macam saya ni kayu, hina sangat: Aliff Syukri

Baca juga


Macam saya ni kayu, hina sangat: Aliff Syukri

JUTAWAN kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri memohon maaf kepada semua pelakon-pelakon hebat Malaysia yang berasa tidak senang dengan kehadirannya dalam bidang seni lakon.

Menurut Aliff, dia menerima tawaran berlakon dalam filem Badang setelah ditawarkan oleh pengarah.

“Untuk pengetahuan semua, saya tidak keluarkan duit sesen pun untuk filem ini.Malah saya menerima bayaran sebagai pelakon seperti pelakon yang lain. Itu sahaja.

“Saya bukan penerbit, saya bukan pengarah, saya tak bayar apa pun untuk filem ini.  Saya hanya pelakon sahaja.  Jadi tidak wajar jika saya seorang yang kena,” tegasnya.

Pembawa watak utama filem Badang ini turut bertanya jika dia tidak mempunyai bakat kenapa dia diberikan tawaran berlakon filem?

“Setakat ini saya sudah berlakon enam buah drama, malah cerita Ooops! Terlajak Nikah, Toyol Ke London antara drama lakonan saya yang capai rating tertinggi di Astro.

“Kemudian saya juga dicalonkan untuk Artis Lawak MeleTOP, Realiti Show MeleTOP.Jadi, adakah itu bermakna saya tidak punya bakat?

“Kenapa juga sebelum ini tak ada pula orang mempertikaikan bakat lakonan saya.  Tiba-tiba dengan filem Badang ini saya pula dipersalahkan seorang,” luahnya lagi pada Sinar Harian.

Aliff turut memberitahu dia boleh menerima kecaman tetapi janganlah melampau seolah-olah filem Badang kerana semuanya salah dia seorang.

“Seolah-olah saya ini kayu, macam saya ini hina sangat.Penghinaan itu melampau-lampau,” katanya.

Ditanya sama ada adakah dia akan terus berlakon lagi?

“Jika ada orang yang menawarkan kepada saya berlakon, apa salahnya jika saya terima cuma kali ini saya akan lebih hati-hati,” jawab Aliff positif, penuh yakin.

The post Macam saya ni kayu, hina sangat: Aliff Syukri appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Macam saya ni kayu, hina sangat: Aliff Syukri

Sekianlah artikel Macam saya ni kayu, hina sangat: Aliff Syukri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Macam saya ni kayu, hina sangat: Aliff Syukri dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/macam-saya-ni-kayu-hina-sangat-aliff.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :