Kerana adik aku bukan wanita sempurna: Erma Fatima

Kerana adik aku bukan wanita sempurna: Erma Fatima - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerana adik aku bukan wanita sempurna: Erma Fatima, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerana adik aku bukan wanita sempurna: Erma Fatima
link : Kerana adik aku bukan wanita sempurna: Erma Fatima

Baca juga


Kerana adik aku bukan wanita sempurna: Erma Fatima

HAJATNYA agak mengejutkan, namun pengarah dan penerbit Erma Fatima mempunyai alasan tersendiri.

Bintang drama bersiri Mak Cun ini hanya meminta senaskah al-Quran yang harus dikhatamkan oleh suami Betty Rahmad, Ardy Damis sebagai mahar buat adik bongsunya itu.

‘Suara hati’ itu diluahkan Erma melalui ucapan istimewa pada majlis resepsi Betty dan Ardy, baru-baru ini.

Bahkan, selebriti berusia 50 tahun ini turut berkongsi siri video berkenaan di laman Instagramnya (IG).

“Kerana adik aku bukanlah wanita yang sempurna maka mahar ini akan menyempurnakan mereka berdua untuk melayari mahligai cinta ini.

“Tidaklah selayaknya buat kami meminta yang berlebihan kerana wang bukan pengukur kepada sesebuah keharmonian rumah tangga. Wang mereka boleh cari di mana mana tetapi iman dan taqwa tidak boleh dijual beli oleh sesiapa,” tulisnya.

Tambahnya, suami berperanan sebagai ketua keluarga dan pemimpin agar rumah tangga yang dibina bahagia dan diredai ALLAH.

“Aku percaya keteguhan sesebuah rumah tangga itu bermula dari khalifahnya. Dan… syukur Alhamdulillah..adik ipar aku memulai dirinya sebagai khalifah dengan mahar ini.

“Aku percaya Damis mampu mendidik adik aku menjadi isteri solehah…dan mahar ini bukan kerana cinta kau pada adik aku tetapi kerana ALLAH. Maka kau akan laksanakan tanggungjawab kau menjaga adikku sebagai amanah dari ALLAH juga,” luahnya lagi.

Pada masa sama, Erma berharap agar Ardy dapat menjaga adiknya itu sebaik-baiknya.

“Andai satu hari nanti adik aku tidak lagi cantik di pandangan mata kau..tidak ada lagi kasih dan cinta kau kepadanya..maka pulangkanlah dia kepada kami dengan penuh adab seperti mana dengan penuh peradaban dia kuserahkan kepada kau.

“Tidak ada manusia yang mahu berkahwin untuk kehancuran. Andai ada kekurangan maka jangan pernah putus asa untuk memperbaikinya..

“Kerana putus asa itulah virus yang boleh menghancurkan segalanya dalam kerukunan sesebuah rumah tangga. Jangan jadi seperti aku @bettyrahmad @ardydamis,” tulisnya.

Malah, kakak kepada Umie Aida ini turut berkongsi tips selain mendoakan kesejahteraan mereka dalam menempuhi kehidupan baru sebagai suami isteri.

“Ini bukan dongeng atau cerita kelakar…ini realiti…Bagaimana kita hendak hidup sebagai suami isteri kalau kita sendiri tidak pernah dengar ucapan cinta itu dari mulutnya..benar..cinta itu bukan hanya dari lafaz tetapi dari peri laku.

“Kalau dua-dua pun tak ada..kan ke naya…jangan lokek untuk memberitahu pasangan kita yang kita sayangkan dia. Kita perlukan dia dalam hidup kita…barulah pasangan kita akan merasa dia dicintai..dia diperlukan..

“36 tahun kami hidup bersama..suka duka…susah senang..dan hari ini selesai sudah tanggungjawab aku kepadanya…aku percaya sillaturahim ini akan kekal hingga ke Jannah,” katanya.

Betty dan Ardy mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu selepas empat tahun menjalinkan hubungan cinta.

Terdahulu, pasangan sejoli ini telah mengikat tali pertunangan pada Oktober 2017.

The post Kerana adik aku bukan wanita sempurna: Erma Fatima appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kerana adik aku bukan wanita sempurna: Erma Fatima

Sekianlah artikel Kerana adik aku bukan wanita sempurna: Erma Fatima kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerana adik aku bukan wanita sempurna: Erma Fatima dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/kerana-adik-aku-bukan-wanita-sempurna.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :