Kenapa anak saya dan anak Amar?

Kenapa anak saya dan anak Amar? - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa anak saya dan anak Amar?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa anak saya dan anak Amar?
link : Kenapa anak saya dan anak Amar?

Baca juga


Kenapa anak saya dan anak Amar?

PELAKON Izreen Azminda menempelak tindakan individu tidak bertanggungjawab yang memfitnah anaknya dan anak pelakon Amar Baharin.

Izreen dihubungi berkata, dia kesal apabila terdapat manusia yang bersikap busuk hati dan suka bergelumang dosa.

“Alhamdulillah di atas fitnah yang dilemparkan. Janji saya bahagia dengan rezeki dan ketentuan yang Allah berikan untuk saya.

“Tak faham dengan manusia yang hati kotor dan penuh dosa. Setiap hari tambah dosa sebab terlalu ghairah nak buka aib orang lain.

“Barangkali golongan ini tiada kehidupan. Diri suci tanpa dosa dan yakin masuk syurga. Sangat menyedihkan,” katanya.

Menurut Izreen, anaknya Muhammad Adrian Umar yang kini berusia empat tahun adalah hasil perkahwinan pertama dengan juru kamera iaitu Muhammad Riza pada 2012 dan tiada kaitan untuk dia melakukan perbuatan sumbang dengan Amar.

“Sampai anak saya nak dibabitkan. Nak mengata saya pun mengata dan tabur dosa dekat saya saja. Kenapa nak babitkan anak Amar dan anak saya yang tak berdosa ini.

“Saya berkahwin dgn bekas suami 30 Ogos 2012 dan anak saya lahir pada 13 Julai 2013. Kalau anak orang lain apa jadahnya bertahun-tahun dalam perut,” katanya.

Izreen mengulas dakwaan sebuah akaun Instagram yang mencantumkan foto anaknya bersama wajah anak pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli dengan mendakwa kanak-kanak itu berwajah seiras yang berkemungkinan daripada darah yang sama.

Dalam erti kata lain tuduhan itu bermaksud Izreen mempunyai hubungan dengan Amar sehingga melahirkan Muhammad Adrian Umar.

Sementra itu, Izreen berharap individu itu diampunkan dosa dan diberi petunjuk.

“Allah SWT lebih mengetahui. Semoga sempat terampun dosa mereka yang menabur fitnah pada insan yang masih kecil dan tidak mengetahui apa-apa.

“Semoga Allah beri petunjuk dan hidayah pada hati mereka yang hitam dan penuh kebencian,” katanya.

Izreen mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Riza pada 2012 dan berpisah pada 2014.

Dia kemudian berkahwin dengan pemuzik bebas Muhammad Radzi Wahid atau Ude, 29 pada Ogos lalu.

The post Kenapa anak saya dan anak Amar? appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kenapa anak saya dan anak Amar?

Sekianlah artikel Kenapa anak saya dan anak Amar? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa anak saya dan anak Amar? dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/kenapa-anak-saya-dan-anak-amar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :