Kemunculan pertama selepas ditahan, Farid Kamil tenang

Kemunculan pertama selepas ditahan, Farid Kamil tenang - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kemunculan pertama selepas ditahan, Farid Kamil tenang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kemunculan pertama selepas ditahan, Farid Kamil tenang
link : Kemunculan pertama selepas ditahan, Farid Kamil tenang

Baca juga


Kemunculan pertama selepas ditahan, Farid Kamil tenang

SELEPAS lebih sebulan mendiamkan diri akibat kontroversi yang melanda dirinya, pelakon Datuk Farid Kamil buat pertama kalinya muncul secara langsung di kaca TV dalam program hiburan MeleTOP malam tadi.

Kemunculan Farid dalam program yang dikendalikan oleh pasangan pelakon popular, Awie dan Erra Fazira itu adalah untuk mempromosikan drama terbaru lakonannya bersama Nelydia Senrose, Lafazkan Kalimah Cintamu yang kini sedang hangat disiarkan di saluran Astro Ria.

Farid kelihatan begitu tenang dan bersemangat  menjawab segala pertanyaan yang diajukan kepadanya, dan turut membalas gurauan pengacara.

Selain bercakap tentang drama tersebut, Farid turut ditanyakan tentang keadaaan terkininya selepas dibebaskan dan menjalani rawatan.

“Alhamdulillah pengalaman dihambat kontroversi baru-baru ini, di mana enam hari saya berada dalam tahanan, menjadi satu pengalaman yang tidak boleh saya beli atau dapat secara percuma.

“Melalui dugaan itu membuatkan saya rasa kembali mengenali diri saya daripada kecil sampai besar sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon yang suami kepada pelakon Diana Danielle ini juga merakamkan rasa terima kasihnya di atas pengorbanan yang dilakukan keluarganya dan juga doa yang diberikan mereka yang berada di sekelilingnya.

“Saya berterima kasih atas pengorbanan keluarga, sokongan kawan-kawan, rakan-rakan artis dan peminat peminat.

“Mereka tidak putus-putus  memberi doa, dan itulah yang  memberi saya kekuatan untuk melalui semua dugaan ini,” katanya.

Terdahulu Farid pelakon filem Tombiruo ini telah ditahan reman dan disiasat atas empat pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan yang disiasat mengikut Sek­syen 323 Kanun Keseksaan, menampar polis disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967, penggunaan dadah disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mengganggu tugas penjawat awam disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Farid dibebaskan pada 16 Januari lalu dengan ikat jamin berjumlah RM12,000 atas empat pertuduhan tersebut.

The post Kemunculan pertama selepas ditahan, Farid Kamil tenang appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kemunculan pertama selepas ditahan, Farid Kamil tenang

Sekianlah artikel Kemunculan pertama selepas ditahan, Farid Kamil tenang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kemunculan pertama selepas ditahan, Farid Kamil tenang dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/kemunculan-pertama-selepas-ditahan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :