Kemanusiaan buat Faizal tersentuh

Kemanusiaan buat Faizal tersentuh - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kemanusiaan buat Faizal tersentuh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kemanusiaan buat Faizal tersentuh
link : Kemanusiaan buat Faizal tersentuh

Baca juga


Kemanusiaan buat Faizal tersentuh

SELEPAS 11 tahun dalam bidang muzik, penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir percaya sampai masanya dia terbabit dalam aktiviti kemanusiaan sekali gus membantu golongan yang memerlukan.

Menurut Faizal, dia juga menubuhkan iamFaithmen pada 2016 untuk memberi inspirasi dan menggalakkan orang ramai untuk melakukan kebaikan.

Terbaru, Faizal menerusi iamFaithmen bekerjasama dengan badan kebajikan dari Brunei iaitu Hand4Hand dalam misi Faith For Rohingya itu.

Misi itu membawa bantuan bekalan makanan dan keperluan seharian ke kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh pada 5 hingga 8 Mac ini.

“Saya berasa terpanggil untuk menjayakan misi ini kerana simpati melihat keadaan kem pelarian dan kanak-kanak yang menderita akibat krisis kemanusiaan terbabit.

“Sebagai bapa pastinya hati saya berasa tersentuh melihat penderitaan mereka.

“Saya juga akan menggunakan medium muzik untuk menghiburkan pelarian dan kanak-kanak yang mengalami trauma dan tekanan emosi di kem pelarian terbabit nanti,” katanya.

Faizal ditemui pada majlis minum petang sempena Misi Faith For Rohingya yang berlangsung di Taman Tun Dr Ismail, hari ini.

Hadir sama, wakil dari Hand4Hand, Bahzi Damit.

Ditanya dari segi aspek keselamatan, Faizal berkata dia hanya menyerahkan kepada ketentuan Allah SWT

“Saya sedar perlu berdepan dengan cabaran mental dan fizikal untuk menjayakan misi ini.

“Saya juga perlu menjaga aspek kesihatan kerana misi ini membabitkan kawasan kem pelarian yang daif dan terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit,” katanya.

Apapun, kata Faizal, dia berharap semoga misi itu akan membuka mata ramai pihak mengenai penderitaan yang dialami pelarian Rohingya itu.

The post Kemanusiaan buat Faizal tersentuh appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kemanusiaan buat Faizal tersentuh

Sekianlah artikel Kemanusiaan buat Faizal tersentuh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kemanusiaan buat Faizal tersentuh dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/kemanusiaan-buat-faizal-tersentuh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :