Judul : Kalau teringin datanglah…
link : Kalau teringin datanglah…
Kalau teringin datanglah…
CHEF selebriti Datuk Fazley Yaakob tidak kisah menawarkan set hidangan serendah RM5 kepada pelajar sekolah dan institutsi pengajian tinggi yang datang ke restorannya.
Fazley yang juga penyanyi berkata, harga istimewa itu bagi memberi balik kepada masyarakat khususnya pelajar.
“Sebelum ini, saya menawarkan set RM10 untuk pelajar institutsi pengajian tinggi sahaja.
“Kali ini, saya mengambil keputusan untuk menyediakan set lebih murah dan terbuka kepada semua jenis pelajar termasuk penuntut ijazah sarjana serta doktor falsafah,” katanya yang menawarkan harga itu setiap Khamis, bermula semalam.
Menurut Fazley, ramai pelajar mengeluh ingin menikmati hidangan di kedai dan restoran mewah namun tidak berkemampuan.
“Kadang-kadang, saya berkongsi gambar makanan di media sosial dan ada pengikut meluahkan rasa ingin cuba hidangan di restoran saya.
“Saya berharap dapat menaikkan lagi semangat pelajar untuk terus berusaha dalam pelajaran,” katanya.
Fazley berkata, set itu termasuk hidangan pasta daging salai lemak cili api, kek coklat Moist, aiskrim potong dan minuman Infused Water.
The post Kalau teringin datanglah… appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Kalau teringin datanglah…
Anda sekarang membaca artikel Kalau teringin datanglah… dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/kalau-teringin-datanglah.html