Judul : Janji kelainan malam ini…
link : Janji kelainan malam ini…
Janji kelainan malam ini…
MENGHITUNG waktu untuk tampil di konsert Sheila On 7 – Live In Kuala Lumpur 2018 malam ini, band popular Indonesia itu menjanjikan persembahan berbeza dari segi susunan muzik berbanding konsert sebelum ini.
“Kami sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk persembahan di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall itu.
“Apa boleh kami janjikan adalah kelainan dari segi susunan muzik serta format persembahan. Demi peminat ia tidak seperti yang lalu.
“Selain itu, tentunya akan disampaikan juga single baru kami yang kami ingin jadikan kejutan,” kata vokalis Sheila On 7 (SO7), Duta kepada Harian Metro.
Kali terakhir band dianggotai Duta, Eross (gitar), Adam (pemain bass) dan Brian (dram) tampil membuat persembahan berskala besar di negara ini adalah pada Mac 2016.
“Kali ini, kami akan menyampaikan 15 lagu menggabungkan irama serta lagu hits kami dan lagu baru,” tambahnya.
Melihatkan sokongan peminat Malaysia yang masih kuat, SO7 mengharapkan agar persembahan malam ini dapat memberi impak kepada penonton dan kepuasan kepada mereka.
Sheila On 7 – Live In Kuala Lumpur 2018 akan menggegar pentas 8.30 malam ini menyajikan persembahan selama dua jam.
The post Janji kelainan malam ini… appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Janji kelainan malam ini…
Anda sekarang membaca artikel Janji kelainan malam ini… dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/janji-kelainan-malam-ini.html