Judul : Fazura disamakan dengan Kate Middleton
link : Fazura disamakan dengan Kate Middleton
Fazura disamakan dengan Kate Middleton
BAK kisah dongeng Cinderella dan putera rajanya.
Begitulah yang dapat disimpulkan mengenai majlis resepsi antara pasangan romantis, Fattah Amin dan isterinya, Nur Fazura, malam semalam.
Sesuailah dengan tema ‘FattZura Fairytale’, pasangan yang mula bergandingan menerusi drama bersiri Hero Seorang Cinderella ini segak dan anggun dalam persalinan bak putera dan puteri raja.
Majlis itu turut dihadir ramai rakan selebriti seperti Fasha Sandha, Lisa Surihani, Mira Filzah, Zarina Zainuddin, Datuk Shah Rezza, Alvin Chong, Hisham Hamid, Zizan Razak, Vanidah Imran, Datin Nina Juren, Datuk Aznil Nawawi dan juga dihadiri tetamu kehormat Datuk Seri Zahid Hamidi dan isteri.
Menerusi majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, pasangan yang diijabkabul pada 27 November tahun lalu, turut menggunakan tanda pagar #fattzurafairytale.
Menariknya, majlis persandingan mereka menjadi trending di laman sosial sejak malam tadi dan ramai yang memuji kemeriahan majlis Fattah dan Fazura.
Bukan itu sahaja, Fazura yang kemudian menukar gaun untuk acara memotong kek perkahwinan turut disamakan bak Duchess of Cambridge, Kate Middleton ketika hari persandingannya.
Tahniah dari Sinar Harian buat pasangan ini dan semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke Jannah.
The post Fazura disamakan dengan Kate Middleton appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Fazura disamakan dengan Kate Middleton
Anda sekarang membaca artikel Fazura disamakan dengan Kate Middleton dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/fazura-disamakan-dengan-kate-middleton.html