Judul : Fattah-Fazura Bersanding 25 Februari Ini
link : Fattah-Fazura Bersanding 25 Februari Ini
Fattah-Fazura Bersanding 25 Februari Ini
Selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti sensasi Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin bakal mengadakan majlis resepsi pada 25 Februari ini.
Memetik laporan BH online, majlis tersebut akan diadakan bertempat di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Pasangan terbabit selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkenal, di ibu negara, 27 November lalu.
Kronologi kisah cinta Fattah, 27, dan Fazura bermula apabila kedua-duanya membintangi drama bersiri popular itu sehingga membuatkan peminat mencipta gabungan nama berserta tanda pagar #Fattzura.
Ketika mengerjakan umrah pada 15 hingga 23 November lalu, pelbagai spekulasi mengenai ikatan sebenar pasangan ini timbul, sekaligus ada yang mengatakan mereka sudah bernikah ketika berada di Tanah Suci Makkah.
Enggan terus berteka-teki, Fattah dan Fazura meleraikan tanda-tanya itu dengan memaklumkan mereka sudah mengikat tali pertunangan pada 13 November.
The post Fattah-Fazura Bersanding 25 Februari Ini appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Fattah-Fazura Bersanding 25 Februari Ini
Anda sekarang membaca artikel Fattah-Fazura Bersanding 25 Februari Ini dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/fattah-fazura-bersanding-25-februari-ini.html