Dilema wanita di dunia gelap

Dilema wanita di dunia gelap - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dilema wanita di dunia gelap, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dilema wanita di dunia gelap
link : Dilema wanita di dunia gelap

Baca juga


Dilema wanita di dunia gelap

“Di tempat ini, inilah dunia neraka dan syurga. Aku tak pernah fikirkan siapa mereka. Kau, laki kau, boyfriend kau pun pernah datang ke sini. Kau pun pernah jumpa aku bukan?”

Inilah antara bait dialog teater terkenal Mambo Horse karya Roslee Mansor.

Teater ini bukanlah asing dalam kalangan peminat kerana sudah beberapa kali dipentaskan antaranya di Balai Budaya Tun Syed Nasir DBP, Kuala Lumpur pada Ogos 2000 yang menggandingkan dua nama besar iaitu Erma Fatima dan Datuk Rosyam Nor.

Selain itu, Mambo Horse turut dibawa ke beberapa bandar besar lain termasuk Brunei dan Singapura oleh produksi RNS Dotcom Sdn Bhd dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ketika itu.

Melihatkan kepada popularitinya, tidak hairanlah apabila naskhah ini menjadi pilihan duo penggiat teater baru, Amirul Syakir dan Roshafiq Roslee bagi dipentaskan kepada peminat.

Lebih daripada itu, Mambo Horse dipentaskan sebagai acara pembukaan studio serba guna, The Oppressed Studio di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, Selangor.

Mambo Horse akan membariskan pelakon terdiri daripada pelajar dan bekas pelajar jurusan teater institut pengajian tinggi Awam (IPTA) antaranya Adena Sams sebagai Mona, Lysaa Amy (Sara), Azrin Adriana (Maria), Shasha Fairus (Zura) dan beberapa pelakon pembantu.

Amirul berkata, dia berminat mengarah teater ini kerana tertarik dengan isu wanita yang terdapat di dalamnya.

“Saya begitu teruja untuk menerokai keupayaan pelakon wanita yang dipilih dalam Mambo Horse.

“Konsep pengarahan saya dan Roshafiq menampilkan pendekatan ‘poor teater’, satu gaya yang meminimumkan aspek teknikal dan memberikan tumpuan dari segi lakonan pentas,” katanya.

Menurutnya, dengan latihan yang giat dijalankan, barisan pelakon ini mampu memberikan persembahan yang menarik dan diingati penonton.

Teater Mambo Horse mengangkat isu dan dilema wanita yang terjebak dalam dunia gelap dan songsang.

Mona, perempuan yang berada dalam dunia pelacuran selama 20 tahun sudah terbabit dalam satu kejadian yang mengungkapkan identiti sebenarnya.

Persembahan akan berlangsung selama tiga hari bermula jam 8.30 malam ini sehingga Ahad di Studio The Opressed, No 8, Jalan SPU 1, Bandar Saujana Putra, Selangor.

Tiket berharga RM15 dan boleh dibeli ketika hari persembahan.

The post Dilema wanita di dunia gelap appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Dilema wanita di dunia gelap

Sekianlah artikel Dilema wanita di dunia gelap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dilema wanita di dunia gelap dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/dilema-wanita-di-dunia-gelap.html

Subscribe to receive free email updates: