Bob Lokman sekali lagi dikejarkan ke hospital

Bob Lokman sekali lagi dikejarkan ke hospital - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bob Lokman sekali lagi dikejarkan ke hospital, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bob Lokman sekali lagi dikejarkan ke hospital
link : Bob Lokman sekali lagi dikejarkan ke hospital

Baca juga


Bob Lokman sekali lagi dikejarkan ke hospital

AKIBAT masalah buah pinggang, jantung dan paru-paru, Bob Lokman sekali lagi di kejarkan ke Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh, semalam.

“21.2.2018 masuk lagi UiTM. Alhamdulillah,” tulisnya yang dipetik dari status Facebook miliknya.

Ketika dihubungi, pelakon dan pelawak ini berkata, ini merupakan kali ketiga dia dimasukkan ke hospital.

“Tapi, kali ini keadaan penyakit saya ini semakin rumit.

“Saya penat sebab jantung, paru-paru dan buah pinggang saya berada dalam keadaan tidak baik. Jadi, kos rawatan juga menjadi agak tinggi,” katanya.

Sebelum ini, Bob dimasukkan ke hospital yang sama pada Januari dan Februari lalu untuk masalah yang sama.

Bob Lokman terkenal dengan watak komedi ini juga merupakan seorang komposer dan penulis lagu.

Mula mencipta nama pada era 1980-an, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman merupakan penulis lagu Isabella (kumpulan Search) dan pencipta lagu Taman Rashidah utama nyanyian Wings.

Tujuh tahun lalu, Bob Lokman mengundur diri daripada sebarang aktiviti seni dan aktif sebagai ahli Pas.

Kini, Bob Lokman bagaimanapun sudah tidak mampu untuk memberikan ceramah agama kerana penyakit yang dihidapinya.

Dalam pada itu, dia turut berharap agar orang ramai dapat menyalurkan sumbangan untuk digunakan membiayai perbelanjaan rawatannya.

“Saya dah tak mampu nak bekerja dan mengharapkan bantuan individu khusus sahaja.

“Kalau sesiapa ingin membantu, saya alu-alukan,” katanya lagi.

Bagi yang ingin membantu meringankan beban yang ditanggung Bob Lokman ini, boleh sumbangkan terus ke akaun Public Bank isterinya, Relawati Daud iaitu 4416206406.

The post Bob Lokman sekali lagi dikejarkan ke hospital appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Bob Lokman sekali lagi dikejarkan ke hospital

Sekianlah artikel Bob Lokman sekali lagi dikejarkan ke hospital kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bob Lokman sekali lagi dikejarkan ke hospital dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/bob-lokman-sekali-lagi-dikejarkan-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :