Judul : Baju T’Challa (Black Panther) Cetus Inspirasi Fesyen Kurta Sempena Aidilfitri
link : Baju T’Challa (Black Panther) Cetus Inspirasi Fesyen Kurta Sempena Aidilfitri
Baju T’Challa (Black Panther) Cetus Inspirasi Fesyen Kurta Sempena Aidilfitri
Filem terbaru Marvel, Black Panther, yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam meraih perhatian hebat daripada peminat kerana kelainan yang dibawakan filem itu.
Bukan sahaja tampil dengan jalan cerita dan aksi menarik, tetapi filem lakonan Chadwick Boseman, Michael B Jordan dan Lupita Nyong’o ini mendapat perhatian kerana keunikan elemen budaya Afika yang ditampilkan.
Antara yang turut mencuri tumpuan adalah pakaian tradisi yang dikenakan watak utamanya, raja Wakanda iaitu T’Challa yang begitu menarik.
Menurut laporan Sinar Harian, fesyen baju tersebut mula tular setelah filem ini ditayangkan di pawagam apabila ramai yang menjadikan pakaian tersebut sebagai inspirasi untuk fesyen untuk hari raya nanti.
Pakaian tersebut mendapat perhatian kerana dilihat seakan-akan kurta dan amat bersesuaian untuk dikenakan pada acara perayaan.
Bukan sahaja menjadi bualan di Malaysia, tetapi ia juga tular di kalangan peminat filem tersebut di Indonesia yang nyata tertarik dengan rekaan pakaian tersebut.
Apabila menjadi tular dan diperkatakan secara berterusan, ia secara tidak langsung turut memberi publisiti kepada filem ini.
The post Baju T’Challa (Black Panther) Cetus Inspirasi Fesyen Kurta Sempena Aidilfitri appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Baju T’Challa (Black Panther) Cetus Inspirasi Fesyen Kurta Sempena Aidilfitri
Anda sekarang membaca artikel Baju T’Challa (Black Panther) Cetus Inspirasi Fesyen Kurta Sempena Aidilfitri dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/baju-tchalla-black-panther-cetus.html