Aerum kongsi kebenaran skandal buli T-ARA

Aerum kongsi kebenaran skandal buli T-ARA - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aerum kongsi kebenaran skandal buli T-ARA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aerum kongsi kebenaran skandal buli T-ARA
link : Aerum kongsi kebenaran skandal buli T-ARA

Baca juga


Aerum kongsi kebenaran skandal buli T-ARA

Annyeonghaseyo! Bekas anggota T-ARA, Aerum yang bertanding dalam program survival Idol Rebooting Project: The Unit akhirnya membuka mulut mengenai salah faham tercetus berikutan skandal buli tahun lalu.

Apabila program itu tamat awal bulan ini, Aerum turut serta dalam satu temu bual dan berkongsi mengenai khabar angin dia dibuli dalam T-ARA. Dia turut menjelaskan cerita sebenar seorang anggota kumpulan itu dirasuk.

Apa yang pasti, dia tidak menyalahkan anggota kumpulan itu sebaliknya menyifatkan kurang komunikasi antara mereka adalah punca masalah sebenar.

“Saya tidak rasa semua itu adalah kesalahan anggota T-ARA. Semua kumpulan pasti berdepan konflik. Itu perkara normal tetapi dunia menyalahkan kami dan memanggil kami pembuli.

“Setiap anggota sepatutnya berkomunikasi lebih kerap tetapi ia tidak berlaku. Kami terlalu berhati-hati dan saya tidak setuju ada anggota yang membuli anggota lain,” katanya.

Dia juga turut menyebut perkara itu dalam The Unit.

Menurutnya, setiap anggota dalam kumpulan itu sebenarnya sangat akrab dan boleh bergaul dengan baik.

Jadi, apabila berlaku perbalahan, ia tidaklah serius dan lebih kepada pergaduhan biasa sebagai sebuah keluarga. Sewaktu skandal itu tercetus, mereka semua masih terlalu muda untuk menangani situasi itu dengan lebih baik.

Aerum turut merungkai kisah sebenar apa yang berlaku dengan adik-beradik Ryu Hyoyoung dan Hwayoung. Berdasarkan mesej yang diterimanya daripada Hyoyoung, dia sebenarnya antara anggota paling baik hati.

“Hwayoung seorang yang sangat baik. Dia melayan saya begitu bagus sewaktu menyertai kumpulan itu. Apabila dia mendapat tahu adiknya mengugut saya, dia sangat marah terhadapnya,” katanya.

Tidak mahu memanjangkan isu itu, Aerum sebaliknya sangat bersyukur pengalaman bersama T-ARA banyak mengajarnya.

“Kami semua masih mentah ketika itu dan masing-masing sangat sensitif. Sepanjang bersama T-ARA mengajar saya banyak perkara baru. Bagaimanapun, kadang-kadang terfikir saya pasti tidak banyak terluka sekiranya tak menyertai kumpulan itu,” katanya.

The post Aerum kongsi kebenaran skandal buli T-ARA appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Aerum kongsi kebenaran skandal buli T-ARA

Sekianlah artikel Aerum kongsi kebenaran skandal buli T-ARA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aerum kongsi kebenaran skandal buli T-ARA dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/aerum-kongsi-kebenaran-skandal-buli-t.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :