Abang Brian buka kelas memasak untuk kanak-kanak

Abang Brian buka kelas memasak untuk kanak-kanak - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Abang Brian buka kelas memasak untuk kanak-kanak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Abang Brian buka kelas memasak untuk kanak-kanak
link : Abang Brian buka kelas memasak untuk kanak-kanak

Baca juga


Abang Brian buka kelas memasak untuk kanak-kanak

PENYAMPAI radio Suria, Brian Chen melancarkan pembukaan cawangan kedua akademi kulinari francais dari Amerika Syarikat, Young Chefs Academy (YCA) di IPC, Damansara 27 Januari lalu.

Sebelum menjadi penyampai Suria lagi, Brian Chen atau lebih dikenali sebagai Abang Brian sudah lama menyimpan minat untuk berkongsi dan mengajar ilmu memasak.

Daripada minat tersebut, bekas finalis Masterchef Malaysia itu telah berjaya menubuhkan akademi memasaknya sendiri khusus buat kanak-kanak yang mempunyai minat yang sama.

Menurut Brian, Young Chefs Academy ini dibuka untuk membantu memupuk minat di kalangan anak-anak kecil yang suka memasak dan mengembangkan lagi bakat mereka.

YCA bukan sahaja membuka kelas memasak, tetapi mereka juga menyediakan servis sambutan hari jadi dan lawatan sambil belajar untuk kanak-kanak.

Segala informasi berkenaan YCA dan aktiviti-aktiviti boleh disemak menerusi akaun sosial media Instagram YCA @YCAMalaysia.

“YCA bukan sahaja menyediakan kelas-kelas latihan memasak yang memberi kanak-kanak peluang merasai sendiri pengalaman memasak di dapur, malah di sinilah juga tempat mereka belajar cara bersosial dan bekerjasama antara satu sama lain,” tambah Brian yang lebih dikenali sebagai Abang Brian.

Berbicara tentang kerjayanya di Suria, Brian masih lagi akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10 pagi hingga 1 petang untuk segmen Menu Suria.

“Kerjaya sebagai penyampai radio ini membuka ruang kepada saya untuk berkongsi segala ilmu yang saya ada mengenai kulinari, kesihatan dan kekeluargaan.

“Kebanyakan daripada pendengar saya merupakan wanita dan suri rumah. Jadi, mereka boleh manfaatkan segala yang saya kongsikan dalam kehidupan seharian mereka,” kata Brian lagi.

Brian kini sedang mengikuti pengajian untuk Ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan di sebuah universiti Swasta dan dijangka tamat pengajian pada akhir tahun ini.

The post Abang Brian buka kelas memasak untuk kanak-kanak appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Abang Brian buka kelas memasak untuk kanak-kanak

Sekianlah artikel Abang Brian buka kelas memasak untuk kanak-kanak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Abang Brian buka kelas memasak untuk kanak-kanak dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/abang-brian-buka-kelas-memasak-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :