Yuna ada sebab langsungkan majlis pernikahan secara tertutup

Yuna ada sebab langsungkan majlis pernikahan secara tertutup - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Yuna ada sebab langsungkan majlis pernikahan secara tertutup, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Yuna ada sebab langsungkan majlis pernikahan secara tertutup
link : Yuna ada sebab langsungkan majlis pernikahan secara tertutup

Baca juga


Yuna ada sebab langsungkan majlis pernikahan secara tertutup

PENYANYI Yuna, 31, menjelaskan tidak bermaksud untuk merahsiakan majis pernikahannya bersama suami, Adam Yousof Sinclair, 34, yang telah diadakan secara tertutup di Puncak Rimba, Bentong, Pahang Semalam.

Memandangkan itu merupakan majlis yang sangat istimewa dalam hidupnya, Yuna mahu lebih privasi.

“Saya tidak bermaksud untuk merahsiakan tentag majlis ini, cuma untuk yang mengenali saya, pasti tahu saya agak privasi apabila melibatkan perkara-perkara tentang kehidupan peribadi.

“Jadi rasa saya lebih selesa untuk meraikan hari bahagia itu bersama keluarga dan rakan-rakan tedekat sahaja.

“Malah sebelum ini juga saya sangat jarang berkongsi tentang perhubungan saya dengan Adam secara terbuka, kerana saya memang mahu simpan untuk diri sendiri,” jelas Yuna.

Berkongsi tentang perasaannya yang kini telah bergelar isteri, dia bersyukur kerana segala yang dirancang telah berlangsung dengan lancar.

“Semestinya saya sangat gembira dan tidak pernah terbayangkan apa yang saya lalui hari ini.

“Alhamdulillah majlis juga berjalan lancar dan impian untuk mengadakan majlis bertemakan garden wedding menjadi kenyataan,” ujarnya di majlis sidang media khas yang diadakan di Putrajaya petang tadi.

Majlis resepsi pasangan ini akan berlangsung malam esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk keluarga dan kenalan kedua belah pihak.

Menyentuh tentang bulan madu dan anak, penyanyi Terukir Di Bintang ini mengakui belum membuat sebarang perancangan ke arah itu lagi.

“Kami berdua belum memutuskan mana-mana destinasi lagi. Mungkin kami akan pusing Amerika Syarikat (AS)  atau ke Amerika Selatan.

“Tentang anak, semestinya saya excited untuk memiliki anak. Namun kita tengok sahaja nanti macam mana.

“Sekitar Jun atau Julai nanti saya akan tampil dengan album baru dan selepas itu terlibat dengan tour di sekitar Amerika dan Eropah dan agak sibuk sedikit,” jelasnya.

Dalam pada itu, Yuna turut memberitahu,  selepas ini suaminya, Adam akan mengikutinya ke AS dan membina kerjaya bersamanya di sana.

“Segalanya masih dalam perancangan, tapi kalau boleh saya mahu suami sentiasa dan dekat dan bersama dengan saya, jadi mungkin selepas ini dia akan ikut serta ke AS.

“Dia seorang pengarah yang sangat berbakat dan mungkin selepas ini kami boleh bekerjasama dan membantu antara satu sama lain dalam kerjaya masing-masing,” kata Yuna.

The post Yuna ada sebab langsungkan majlis pernikahan secara tertutup appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Yuna ada sebab langsungkan majlis pernikahan secara tertutup

Sekianlah artikel Yuna ada sebab langsungkan majlis pernikahan secara tertutup kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Yuna ada sebab langsungkan majlis pernikahan secara tertutup dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/01/yuna-ada-sebab-langsungkan-majlis.html

Subscribe to receive free email updates: