Judul : Tiga Sharifah kehilangan bapa tersayang
link : Tiga Sharifah kehilangan bapa tersayang
Tiga Sharifah kehilangan bapa tersayang
SALAM takziah diucapkan kepada tiga pelakon popular, Sharifah Haslinda, Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah di atas pemergian bapa tersayang.
Bapa mereka, Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman atau Sulaiman Kati meninggal dunia kira-kira jam 9.15 malam tadi, di Hospital Ampang.
Berita sedih itu dikongsikan oleh Shahirah menerusi Instagram (IG)nya.
“Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman atau Sulaiman Kati telah selamat ke Rahmatullah pada pukul 9.15 malam, 11 Januari 2018 di Hospital Ampang di samping isteri, anak2 dan sanak saudara.
“Semoga roh dicucuri rahmat. AlFatihah,” tulisnya.
Menurutnya, jenazah bapa mereka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate, jam 10 pagi esok.
“Jenazah sekarang berada di rumah saya, Taman Melawati.
“Besok akan di kebumikan, insya-ALLAH bersebelahan dengan kubur arwah Mak Esah di perkuburan Klang Gate pukul 10 pagi,” tulisnya lagi.
Pada kesempatan itu, Shahira turut merakamkan ucapan penghargaan di atas doa-doa yang dikirimkan sebelum ini.
“Terima kasih atas doa semua. Alhamdullillah mudah abah pergi jumpa dengan penciptaNYA.
“Di malam Jumaat. Malam barakah. Insya-ALLAH syurga buat Abah. Amin ya Rabbal ‘alamin,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Shahirah ada memuat naik gambar di IG ketika bapanya mendapatkan rawatan di hospital, beberapa hari lalu.
Difahamkan, bapa mereka mengalami jangkitan kuman di paru-paru.
The post Tiga Sharifah kehilangan bapa tersayang appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Tiga Sharifah kehilangan bapa tersayang
Anda sekarang membaca artikel Tiga Sharifah kehilangan bapa tersayang dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/01/tiga-sharifah-kehilangan-bapa-tersayang.html