Terima hakikat tak pecah panggung A

Terima hakikat tak pecah panggung A - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Terima hakikat tak pecah panggung A, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Terima hakikat tak pecah panggung A
link : Terima hakikat tak pecah panggung A

Baca juga


Terima hakikat tak pecah panggung A

PENGARAH filem Bukan Cinta Malaikat (BCM), Aziz M Osman reda jika filem itu tidak mencatat kutipan memberangsangkan selepas kemelut melanda membabitkan syarikatnya, Ace Motion Pictures Sdn Bhd (ACE) dengan rumah produksi, Fimtab Unik Sdn Bhd (Fimtab) yang juga rakan kongsi penerbitan filem itu.

Ia ekoran tindakan Pengarah Urusan Fimtab, Richard Ung, mengemukakan notis tuntutan saman kepada Aziz pada 24 Januari lalu iaitu sehari sebelum filem ditayangkan di seluruh negara.

Aziz dihubungi berkata, dia dan pihak Fimtab masih dalam perbincangan bagi menyelesaikan perkara itu secara baik.

“Fimtab adalah rakan kongsi minoriti dalam filem ini. Ada perkara teknikal yang saya tidak boleh kongsikan kerana membabitkan banyak pihak.

“Dalam filem ini ada beberapa lagi rakan kongsi lain termasuk syarikat PT Genesa Perkasa Films (Indonesia) yang juga rakan kongsi terbesar. Cuma, buat masa sekarang saya tidak boleh mengulas lanjut.

“Lagi pula perkara ini masih dalam siasatan. Namun, kami ada berhubung dan dalam peringkat perbincangan bagi menyelesaikan perkara ini secara baik. Apatah lagi filem ini sedang ditayangkan,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Aziz meluahkan rasa kecewa kerana masalah itu timbul apabila filem BCM sedang ditayangkan.

“Diakui masalah ini sedikit sebanyak mengganggu perjalanan dan kutipan filem. Banyak pihak menghubungi saya bertanyakan perkara ini.

“Sebagai penerbit dan pengarah, saya reda jika filem ini gagal. Saya pun tidak faham kenapa dia berbuat sedemikian sebelum filem ditayangkan,” katanya.

Menerusi laporan sebuah akhbar, tuntutan dibuat selepas mendakwa Aziz sudah menukar nama syarikat penerbitan dari Fimtab kepada syarikat milik pengarah itu, Ace Motion Pictures Sdn Bhd (ACE) tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pihak Fimtab.

Difahamkan filem yang menjalani penggambaran pada Oktober 2016 diterbitkan dengan kerjasama syarikat dua negara iaitu Fimtab (Malaysia) dan PT Genesa Perkasa Films (Indonesia) dengan perjanjian perkongsian masing-masing sebanyak 50 peratus.

The post Terima hakikat tak pecah panggung A appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Terima hakikat tak pecah panggung A

Sekianlah artikel Terima hakikat tak pecah panggung A kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Terima hakikat tak pecah panggung A dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/01/terima-hakikat-tak-pecah-panggung-a.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :