Smith dalam kenangan

Smith dalam kenangan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Smith dalam kenangan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Smith dalam kenangan
link : Smith dalam kenangan

Baca juga


Smith dalam kenangan

Vokalis utama band post-punk dari Britain iaitu The Fall, Mark E Smith meninggal dunia, kelmarin pada usia 60 tahun.

Pengurus The Band, Pam Van Damned mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kematian Smith dan mengesahkan lokasi kematiannya adalah di kediaman penyanyi itu.

“Maklumat lebih lanjut mengenai kematiannya akan diumumkan dalam masa beberapa hari lagi. Buat masa sekarang, saya dan keluarga Smith memerlukan ruang dan waktu untuk berkabung,” katanya.

Smith menubuhkan The Fall pada 1976 dengan barisan anggota asal iaitu Martin Bramah, Una Baines dan Tony Friel.

Smith adalah satu-satunya anggota asal yang masih bertahan bersama The Fall sehingga ke hari ini dan menghasilkan lebih 30 album.

Bekas anggota The Fall yang pernah menganggotai band itu dari tahun 1978 hingga 1983, Marc Riley meluahkan rasa sedihnya menerusi saluran radio BBC 6 Music.

“Dia mengajar saya mengenai kehidupan dan dunia muzik. Ketika usianya baru mencecah 16 tahun, dia kongsikan banyak ilmu dengan saya.

“The Fall adalah band kegemaran saya ketika saya menyertai mereka dan terus menjadi band kesukaan saya walaupun saya tidak bersama mereka lagi,” katanya.

Bekas isteri Smith, Brix Smith Start menulis di laman Twitter miliknya mengenai berita sedih itu.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang sempat menghantar mesej kepada saya. Tapi, buat masa sekarang saya tak dapat keluarkan apa-apa kenyataan dan saya harap semua akan faham dengan situasi saya ini,” katanya.

Selain Brix Smith Start, Smith juga pernah berkahwin dengan Saffron Prior dari tahun 1991 hingga 1995 dan Elenor Smith (2001 hingga kini).

The post Smith dalam kenangan appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Smith dalam kenangan

Sekianlah artikel Smith dalam kenangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Smith dalam kenangan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/01/smith-dalam-kenangan.html

Subscribe to receive free email updates: