Judul : Selepas 3 Tahun Dilarang Bercinta, Jackson Masih Belum Ada Kekasih
link : Selepas 3 Tahun Dilarang Bercinta, Jackson Masih Belum Ada Kekasih
Selepas 3 Tahun Dilarang Bercinta, Jackson Masih Belum Ada Kekasih
Meskipun sudah melepasi tiga tahun syarat yang ditetapkan oleh pengurusannya, JYP Entertainment iaitu larangan menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana wanita, Jackson mengakui dia masih belum menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita dalam tempoh dua tahun ini.
Menurut anggota kumpulan GOT7 itu, tahun ini dia masih tidak terfikir untuk mencari pasangan. Tambahan, jadual kerjayanya sangat ketat.
“Saya mempunyai terlalu banyak jadual malah saya tidak dapat mencari waktu untuk tidur,” katanya.
Bagaimanapun penyanyi berasal dari Hong Kong ini berkata, dia tidak mahu memastikan dirinya betul-betul dapat memberi komitmen sebelum menjalin hubungan dengan seseorang.
“Sudah tentu, saya mahu menjalin hubungan.
“Tetapi menjalin hubungan bukan satu jenaka kerana kita perlu bertanggungjawab untuknya.
“Anda memerlukan masa dan kebebasan tetapi sekarang saya tidak mempunyai masa,” katanya.
Dalam pada itu, Jackson berkata dia belum bertemu dengan wanita yang dirasakan sesuai menjadi pasangannya.
“Saya belum bertemu dengan seseorang yang menawan hati saya,” tuturnya.
The post Selepas 3 Tahun Dilarang Bercinta, Jackson Masih Belum Ada Kekasih appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Selepas 3 Tahun Dilarang Bercinta, Jackson Masih Belum Ada Kekasih
Anda sekarang membaca artikel Selepas 3 Tahun Dilarang Bercinta, Jackson Masih Belum Ada Kekasih dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/01/selepas-3-tahun-dilarang-bercinta.html