Judul : “Saya Dan Malaysia Sudah ‘Kenal’ Lama” – The Rock
link : “Saya Dan Malaysia Sudah ‘Kenal’ Lama” – The Rock
“Saya Dan Malaysia Sudah ‘Kenal’ Lama” – The Rock
Bintang terkenal Hollywood, Dwayne Johnson atau The Rock, mengakui beliau mempunyai banyak kenangan istimewa di negara ini sejak dari zaman beliau aktif sebagai ahli gusti satu ketika dulu.
“Malaysia, anda punya tempat istimewa di hati saya,” kata figura berusia 45 tahun ini menerusi satu video yang dimuat naik di laman instagram miliknya.
Dalam video tersebut, The Rock terharu apabila filem terbaharunya Jumanji: Welcome to The Jungle berjaya disenaraikan sebagai filem ketiga terlaris di sini sedangkan ia baru memasuki minggu kedua tayangan.
“Terima kasih Malaysia! #Jumanji sudah menjadi filem ketiga terlaris, mungkin nanti boleh jadi filem terlaris, siapa tahu?
“Saya dan Malaysia sudah ‘kenal’ lama sejak zaman gusti dahulu, ada beberapa pertarungan yang tidak dapat dilupakan di sini (Kuala Lumpur), selamanya saya berterima kasih atas sokongan anda semua,” katanya.
..
Antara negara lain yang menerima penghargaan daripada bekas ahli gusti itu adalah Mexico, Perancis, Indonesia beberapa negara lain.
Setakat 22 Disember lalu, Jumanji mencatatkan kutipan lebih RM19 juta sejak mula ditayangkan pada 14 Disember.
Lapor Sinar Harian online, Eksekutif Pemasaran Senior Sony Pictures Entertainment
Malaysia, Tan Phui Mun berkata, tidak mustahil untuk filem itu mengutip sehingga RM30 juta sekaligus menjadi filem terlaris sepanjang zaman.
The post “Saya Dan Malaysia Sudah ‘Kenal’ Lama” – The Rock appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel “Saya Dan Malaysia Sudah ‘Kenal’ Lama” – The Rock
Anda sekarang membaca artikel “Saya Dan Malaysia Sudah ‘Kenal’ Lama” – The Rock dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/01/saya-dan-malaysia-sudah-kenal-lama-rock.html