Judul : Safia Hanifah sahut cabaran buat Mak Yong
link : Safia Hanifah sahut cabaran buat Mak Yong
Safia Hanifah sahut cabaran buat Mak Yong
MESKIPUN namanya cukup dikenali dalam pementasan teater berbahasa Inggeris, Safia Hanifah mengakui tidak pernah menolak naskhah berbahasa Melayu jika skrip dan jalan cerita yang ditawarkan bagus dan menarik perhatiannya.
Malah sebelum ini, Safiah pernah beberapa kali muncul dalam teater Melayu, antaranya Puteri Gunung Ledang The Musical, P Ramlee The Musical dan Dato’ Sri.
Terbaru, pelakon berbakat hebat ini tampil dalam teater tradisional Mak Yong Titis Sakti, arahan Norzizi Zulkifli yang bakal di pentaskan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre pada 27 Januari hingga 4 Februari depan.
“Sebenarnya saya pernah terlibat dalam pementasan Mak Yong Titis Sakti pertama yang dipentaskan sekitar 2009 oleh pengarah yang sama, cuma ketika itu penglibatan saya hanyalah sebagai penari.
“Jadi apabila Norzizi memberitahu bakal mementaskan semula naskhah ini, tetapi memberi cabaran yang lebih besar kepada saya apabila dipertanggungjawabkan memegang watak Putera Raja Iskandar Muda, saya kira inilah peluang terbaik saya.
“Walaupun menuturkan dialog dalam bahasa Inggeris, namun ia tetap mencabar kerana saya perlu berdialog mengikut intonasi dan gaya lakonan yang perlu disesuaikan dengan naskhah klasik tersohor ini,” ujarnya yang pernah berguru dengan Norzizi.
Jika sebelum ini penonton melihat aksi Safia memegang watak antagonis sebagai Lady Macbeth dalam teater Dato’ Seri dan kecomelannya sebagai Lucy dalam You’re A Good Man, Charlie Brown, semestinya peranannya sebagai Putera Raja Iskandar Muda tampil berbeza.
“Saya sangat gembira dapat terlibat dalam pementasan teater tradisional ini dengan watak sangat menarik selain memberikan cabaran baru dalam lakonan pentas,” ujarnya.
Menyusul , Safia tampil dalam sebuah lagi pementasan teater karya Shakespeare, Romeo And Juliet yang bakal menemui penonton pada April depan.
Tolak drama TV?
Disebabkan komitmen tersebut, pelakon cukup dikenali dengan disiplin tinggi ini terpaksa menolak tawaran lakonan drama TV.
“Mungkin ada yang ingat saya tidak begitu berminat buat drama TV kerana kerap muncul di pentas teater, tapi sebenarnya saya terbuka untuk berlakon dalam medium apa sekali pun.
“Cuma kadang-kadang faktor masa tidak menyebelahi saya apabila tawaran itu datang ketika saya terikat dengan pementasan teater sebagaimana yang dihadapi ketika ini,” katanya yang aktif dengan produksi Sifu Production ini.
Perkembangan lain, Safia baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama Ivan Chan yang juga pelakon teater.
Mereka pernah bergandingan sebagai adik-beradik dalamYou’re A Good Man, Charlie Brown dan menyusul Romeo and Juliet April nanti.
The post Safia Hanifah sahut cabaran buat Mak Yong appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Safia Hanifah sahut cabaran buat Mak Yong
Anda sekarang membaca artikel Safia Hanifah sahut cabaran buat Mak Yong dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/01/safia-hanifah-sahut-cabaran-buat-mak.html