Reen tak fikir sangat sihir REEN Rahim

Reen tak fikir sangat sihir REEN Rahim - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Reen tak fikir sangat sihir REEN Rahim, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Reen tak fikir sangat sihir REEN Rahim
link : Reen tak fikir sangat sihir REEN Rahim

Baca juga


Reen tak fikir sangat sihir REEN Rahim

Kecoh apabila pelakon jelita Reen Rahim dikatakan dirasuk ketika menjalani penggambaran drama terbaru terbitan Pena Creative Production Sdn Bhd, Geng Tadarus di Sri Hartamas, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku di depan pelakon lain, kru produksi dan pengarahnya, Rahila Ali itu berlanjutan lebih kurang sejam menyebabkan semua yang berada di situ panik sekali gus menyebabkan penggambaran terpaksa dihentikan seketika.

Reen, 30, ketika ditemui baru-baru ini bagi mendapatkan penjelasan mengenai apa sebenarnya berlaku berkata, ketika kejadian dia tidak menyedari perkara itu.

Dia hanya mengetahuinya selepas dijelaskan pengarah dan kru. Mereka menceritakan bagaimana mereka menyelamatkan Reen yang dirasuk.

Menceritakan kejadian itu, Reen berkata, dia berasa penat dan lemah sebaik berjaya dipulihkan.

Berkemungkinan kerana kurang rehat dan terlalu memberi tumpuan dalam membuat persediaan di set penggambaran sekali gus menyumbang kepada apa yang berlaku.

“Saya takut untuk berkongsi perkara seperti ini kerana ia membabitkan banyak pihak. Namun, apabila ia berlaku ketika bekerja, saya tidak boleh nak lari daripada membuat penjelasan.

“Saya tidak dirasuk seperti mana didakwa sebaliknya terganggu kerana kurang rehat dan persekitaran. Badan saya memang lemah dan mudah sekali diganggu jika salah tempat atau sebab-sebab tertentu. Mungkin kerana terlalu sibuk dengan kerja yang tidak henti menyebabkan saya mudah terganggu.

“Bagaimanapun saya memohon maaf kepada semua pelakon dan kru produksi yang terbabit ketika kejadian itu berlaku terutama pengarah dan penerbit,” katanya.

Difahamkan, Reen tidak sedarkan diri sebelum berkelakuan aneh seperti terkena gangguan hampir sejam.

Sebelum ini, pelakon kelahiran Klang, Selangor yang juga juara program realiti Pilih Kasih musim ketiga itu pernah mengalami keadaan sama apabila tiba-tiba hampir pengsan di lokasi penggambaran.

Namun, Reen yang kini memegang watak utama dalam drama 26 episod itu enggan mengulas kononnya dia menjadi mangsa sihir pihak yang tidak berpuas hati dengannya.

Menurutnya, perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsikan dan biar hanya dia dan keluarga yang tahu.

“Biasalah apabila menjadi selebriti. Mungkin banyak pihak memberi perhatian hingga kadang-kadang berlebihan dan menjadi unsur lain. Saya anggap semua itu resam anak seni. Bukan saya mengelak atau menafikan cuma perkara itu tidak mahu saya fikirkan sangat kerana bimbang ia memberi tekanan.

“Jika benar ada unsur dengki atau gangguan, biar saya, keluarga dan pihak pengurusan saya saja yang tahu dan menyelesaikannya,” katanya.

Geng Tadarus yang bakal ditayangkan pada Ramadan tahun ini di TV2 turut menampilkan Ashraf Muslim, Izreen Azminda, Shakila Koriri dan Ieda Moin.

Reen mengakui, gangguan dan kejadian seumpama itu sedikit-sebanyak mencalarkan reputasinya sebagai pelakon khususnya dalam drama itu di mana pihak produksi meletak kepercayaan untuknya menerajui watak utama.

“Mujur pihak produksi dan rakan pelakon memahami saya dan mereka banyak membantu untuk meringankan ketegangan yang berlaku. Tiba-tiba saya pitam, tidak sedarkan diri dan kemudian berkelakuan celaru. Tapi syukur semuanya terkawal dan saya kembali sedar untuk meneruskan penggambaran.

“Keluarga dan pihak pengurusan sendiri mengambil berat keadaan saya dan tidak henti membantu mencari penyelesaian,” katanya yang mengakui pernah mencuba beberapa kaedah perubatan.

The post Reen tak fikir sangat sihir REEN Rahim appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Reen tak fikir sangat sihir REEN Rahim

Sekianlah artikel Reen tak fikir sangat sihir REEN Rahim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Reen tak fikir sangat sihir REEN Rahim dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/01/reen-tak-fikir-sangat-sihir-reen-rahim.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :