Pekin bawa pelakon KL Wangan temui penonton

Pekin bawa pelakon KL Wangan temui penonton - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pekin bawa pelakon KL Wangan temui penonton, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pekin bawa pelakon KL Wangan temui penonton
link : Pekin bawa pelakon KL Wangan temui penonton

Baca juga


Pekin bawa pelakon KL Wangan temui penonton

SEJAK ditayangkan pada 21 Disember lalu, filem KL Wangan, arahan Pekin Ibrahim mendapat respons yang cukup positif.   

Malah selepas dua hari tayangan, filem ini berjaya melepasi kutipan RM1 juta dan terus menunjukkan peningkatan di 110 pawagam.

Ternyata percaturan Pekin membuahkan hasil apabila elemen yang dipersembahkan menerusi filem ini berjaya menambat hati penonton.

“Saya dan team produksi sudah buat yang terbaik dan sekarang terpulang kepada penonton untuk menilainya.

“Sebagai pembikin filem, apa yang saya harapkan penonton terhibur kerana saya memberikan apa yang mereka mahukan dalam sebuah filem aksi kereta.

“Alhamdulillah ramai penonton yang berpuas hati dan terhibur dengan apa yang kami paparkan dalam KL Wangan,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Dalam pada itu, Pekin yang juga salah seorang pelakon filem ini kini sedang ligat mengetuai sesi jelajah mempromosikan filem bersama barisan pelakon lain di 20 lokasi terpilih seluruh tanah air.

“Sejak hari pertama tayangan lagi kami sudah bergerak untuk menjayakan sesi jelajah bagi mempromosikan filem ini di beberapa lokasi terpilih seperti Pulau Pinang, Terengganu, Johor Bahru, Melaka dan beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang.

“Insya-ALLAH jelajah terakhir kami di Kedah pada 5 Januari depan, di mana kami barisan pelakon akan turun padang untuk mempromosikan filem ini dengan menyertai sesi tayangan bersama-sama penonton di lokasi terbabit.

Lebih menarik, mereka turut mengadakan pelbagai aktiviti sampingan lain berkaitan kereta di setiap lokasi jelajah dan setakat ini mendapat sambutan yang cukup hebat daripada penonton dan peminat dunia permotoran.

The post Pekin bawa pelakon KL Wangan temui penonton appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Pekin bawa pelakon KL Wangan temui penonton

Sekianlah artikel Pekin bawa pelakon KL Wangan temui penonton kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pekin bawa pelakon KL Wangan temui penonton dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/01/pekin-bawa-pelakon-kl-wangan-temui.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :