Nekad tinggalkan siri The X-Files

Nekad tinggalkan siri The X-Files - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nekad tinggalkan siri The X-Files, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nekad tinggalkan siri The X-Files
link : Nekad tinggalkan siri The X-Files

Baca juga


Nekad tinggalkan siri The X-Files

Siri televisyen fiksyen sains The X-Files kembali untuk musim ke-11 de­ngan ejen FBI, Fox Mulder dan Dana Scully meneruskan pencarian anak lelaki mereka, William.

Bagaimanapun, musim baru ini akan menjadi yang terakhir bagi bintang utama The X-Files, Gillian Anderson.

Pelakon itu nekad de­ngan keputusannya selepas lebih dua dekad membintangi dalam siri popular berkenaan bersama David Duchovny.

Dalam satu temu bual baru-baru ini, Anderson mengakui agak terkejut dengan reaksi orang ramai ketika mengumumkan keputusan itu.

“Ramai terkejut dengan pengumuman ini kerana bagi saya ia cuma satu musim saja,” katanya.

September ini The X-Files akan menyambut ulang tahun ke-25 selepas menyiarkan 217 episod dan dua filem.

Namun, pencipta The X-Files, Chris Carter menegaskan masih ba­nyak kisah misteri boleh diketengahkan menerusi siri terbabit.

Bagi pembaca yang belum pernah mengikuti kisah The X-Files, William mempunyai kuasa luar biasa kerana memiliki DNA makhluk asing.

Sewaktu bayi, kanak-kanak itu diserahkan kepada pasangan suami isteri Van De Kamp.

Penonton pasti mempuyai seribu soalan mengenai kejadian yang berlaku dalam musim 10 dan juga permainan Cigarette-Smoking Man.

Selain itu, jalan cerita musim baru ini lebih panjang dengan 10 episod berbanding enam episod pada siri lalu.

Episod pertama The X-Files musim 11 akan mula bersiaran di Astro Fox 724, jam 11 malam ini.

The post Nekad tinggalkan siri The X-Files appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Nekad tinggalkan siri The X-Files

Sekianlah artikel Nekad tinggalkan siri The X-Files kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nekad tinggalkan siri The X-Files dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/01/nekad-tinggalkan-siri-x-files.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :