Maut dipatuk ular ketika memancing

Maut dipatuk ular ketika memancing - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Maut dipatuk ular ketika memancing, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Maut dipatuk ular ketika memancing
link : Maut dipatuk ular ketika memancing

Baca juga


Maut dipatuk ular ketika memancing

Seorang lelaki maut selepas dipercayai dipatuk ular tedung selar ketika sedang memancing di sungai blok 20 kebun kelapa sawit Felda Linggiu, petang semalam.

Mangsa, Jayalani Abu Samah, 45 ditemui tidak bernyawa kira-kira jam 9 malam tadi oleh adik dan anak saudara yang mencarinya di kebun berkenaan selepas tidak pulang ke rumah.

Adiknya, Mohammad Zaidi, 36 berkata, pada awalnya mereka menyangka abangnya itu meninggal akibat sakit asma sebelum menjumpai kesan gigitan ular dibawah telinga kiri mangsa.

Katanya, Allahyarham yang bekerja sebagai pemandu van kilang memang gemar keluar memancing di kebun seorang diri terutama pada hari cuti.

“Selalunya dia akan pulang pada jam 5 petang dan sebelum hari gelap bila keluar mancing. Sebaliknya semalam selepas keluar pada jam 2 petang sehingga jam 8 malam abang masih tak balik-balik.

“Mak yang mula khuatir menyuruh adik dan anak saudara keluar mencari abang sebelum menjumpai mayat abang berhampiran motosikalnya.

“Kemungkinan besar ketika dipatuk ular itu abang sudah bersiap-siap untuk balik kerana barangnya semua sudah dikemas. Abang memang ada sakit asma namun setiap kali keluar mancing dia akan bawa sekali ubat bersama,”katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi, sebentar tadi.

Tambahnya, Allahyarham merupakan anak ke tiga dari 10 beradik belum berkahwin dan merupakan seorang anak serta abang yang baik bukan sahaja kepada keluarganya bahkan kepada penduduk di Felda berkenaan.

Katanya, diharap kejadian yang menimpa Allahyarham akan dijadikan ikhtibar kepada orang ramai agar lebih berwaspada terhadap haiwan berbisa itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, pihak polis menerima maklumat kejadian itu pada jam 10.30 malam membabitkan seorang lelaki berusia 45 tahun yang maut akibat dipatuk ular.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

The post Maut dipatuk ular ketika memancing appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Maut dipatuk ular ketika memancing

Sekianlah artikel Maut dipatuk ular ketika memancing kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Maut dipatuk ular ketika memancing dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/01/maut-dipatuk-ular-ketika-memancing.html

Subscribe to receive free email updates: