Marsha hasrat hasil lagu rakyat Sabah

Marsha hasrat hasil lagu rakyat Sabah - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Marsha hasrat hasil lagu rakyat Sabah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Marsha hasrat hasil lagu rakyat Sabah
link : Marsha hasrat hasil lagu rakyat Sabah

Baca juga


Marsha hasrat hasil lagu rakyat Sabah

MAHU lebih dekat dengan penduduk kampung, Marsha Milan Londoh berhasrat menghasilkan lagu rakyat Sabah.

Katanya, perancangan itu dibuat hasil kerjasama dengan rakan baiknya yang juga penyanyi, Velvet Aduk.

Menurut Marsha, perancangan itu sudah lama, cuma kini dapat direalisasikannya.

“Insya-ALLAH, kita merancang melaksanakannya sebelum Ramadan nanti,” katanya kepada Sinar Harian.

Untuk itu, selebriti berusia 34 tahun ini juga bakal mendapatkan khidmat daripada beberapa komposer dan penulis lirik termasuk Rich Gimbang (Estranged).

“Kita juga akan mencipta beberapa lagu sendiri. 

“Asalnya, memang nak buat untuk sebuah album atau sekurang-kurangnya lima lagu. Tapi, kalau tak sempat, kita cuba dengan satu single dulu,” katanya.

Tambahan pula, bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) ini mengakui pasaran seni di Sabah juga cukup luas dan permintaan juga sangat tinggi.

“Kita lihat projek ini mampu memberikan kesan positif kepada masyarakat di Sabah,” katanya.

Pada masa sama, Marsha juga sibuk menjalani penggambaran dua travelog, Solo Yolo dan Ready Set Action selain drama bersiri, Bimbi Boni.

“Saya juga sedang menunggu filem Tujuh ditayangkan yang dijangka, awal tahun ini,” katanya.

Jadi duta barang kemas
Meluaskan lagi karier seni, Marsha juga baru sahaja dilantik sebagai duta barang kemas di bawah jenama De’Lunaria bagi tempoh tiga bulan akan datang.

Mengakui bukanlah seorang peminat barang kemas, pandangan bintang filem Jwanita ini bagaimanapun berubah seiring usianya.

“Jujurnya, saya baru tahu mengenai barang kemas. Jadi, pelantikan sebagai duta ini merupakan satu penghargaan buat diri saya walaupun dalam satu tempoh yang singkat.

“Apa yang penting, keterlibatan saya dalam mempromosikannya terutama di kalangan rakyat di Sabah mendekatkan lagi diri saya dengan orang kampung,” katanya.

Malah, Marsha yakin dengan cara pemasaran De’ Lunaria yang merupakan perintis kepada penjualan barangan kemas secara dalam talian.

“Saya percaya dan yakin dengan De’Lunaria selepas melihat sendiri barang kemas yang dijual dan semua barangannya adalah asli.

“Lagipun, semua harganya juga mampu milik dan sesuai untuk semua golongan,” katanya.

The post Marsha hasrat hasil lagu rakyat Sabah appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Marsha hasrat hasil lagu rakyat Sabah

Sekianlah artikel Marsha hasrat hasil lagu rakyat Sabah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Marsha hasrat hasil lagu rakyat Sabah dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/01/marsha-hasrat-hasil-lagu-rakyat-sabah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :