Keputusan umum Tun M jadi PM, Wan Azizah TPM melucukan

Keputusan umum Tun M jadi PM, Wan Azizah TPM melucukan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Keputusan umum Tun M jadi PM, Wan Azizah TPM melucukan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Keputusan umum Tun M jadi PM, Wan Azizah TPM melucukan
link : Keputusan umum Tun M jadi PM, Wan Azizah TPM melucukan

Baca juga


Keputusan umum Tun M jadi PM, Wan Azizah TPM melucukan

Tindakan Pakatan Harapan (Harapan) menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dianggap melucukan.

Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, ini kerana Wan Azizah berjuang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara sedangkan individu yang memenjarakan suaminya itu adalah calon perdana menteri.

“Ini bukan skrip drama swasta atau lawak di program Maharaja Lawak tetapi resolusi pada Konvensyen Pakatan Harapan pada petang tadi. Resolusi tersebut ialah Mahathir sebagai calon perdana menteri manakala Wan Azizah sebagai calon timbalan perdana menteri.

“Mereka juga memutuskan proses pengampunan bermula untuk membebaskan Anwar selepas Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya serta beliau berperanan di dalam kerajaan persekutuan lalu dilantik menjadi perdana menteri. Apa nak jadi pada Malaysia sekiranya Pakatan Harapan menerajui negara? Pasti haru-biru dibuatnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Nazir, adalah tidak masuk akal Anwar yang baharu bebas daripada penjara mahu dijadikan sebagai perdana menteri.

“Jawatan perdana menteri bukan lantikan secara automatik sebaliknya perlu melalui proses demokrasi iaitu melalui pilihan raya. Untuk menjadi perdana menteri, Anwar perlu menjadi seorang ahli Parlimen terlebih dahulu.

Untuk itu, pasti akan ada kerusi Parlimen yang ‘dikorbankan’ untuk membolehkan Anwar bertanding. Bukanlah ini kerja gila?,” katanya.

Katanya, Pakatan Harapan sanggup berbuat apa sahaja termasuk masa depan rakyat dan negara asalkan cita-cita politik mereka tercapai.

“Satu pertanyaan saya kepada rakyat yang menyokong Pakatan Harapan, pernahkah di dalam dunia suami menjadi perdana menteri, manakala isteri pula timbalan perdana menteri? Bukankah ini kronisme terhebat dalam sejarah?,” katanya.

The post Keputusan umum Tun M jadi PM, Wan Azizah TPM melucukan appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Keputusan umum Tun M jadi PM, Wan Azizah TPM melucukan

Sekianlah artikel Keputusan umum Tun M jadi PM, Wan Azizah TPM melucukan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Keputusan umum Tun M jadi PM, Wan Azizah TPM melucukan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/01/keputusan-umum-tun-m-jadi-pm-wan-azizah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :