Judul : Kebangkitan artis-artis 80-an
link : Kebangkitan artis-artis 80-an
Kebangkitan artis-artis 80-an
MINGGU lalu Gempal telah menghadiri majlis sidang media Setangkai Irama 80-an bertempat di Restoran D’Empangan Udang Galah, Putrajaya.
Pertama, Gempal tertarik usaha yang dilakukan oleh Datuk Nassier Wahab. Kedua, Gempal berminat dengan nama majlis tersebut iaitu Setangkai Irama.
Ya bunyinya memang 80-an.
Kalau budak-budak sekarang pun akan cakap ‘tak in’, tak hipster, tak catchy tapi Nassier ada alasannya yang tersendiri kenapa beliau memilih nama tersebut.
Jelas Nassier, Setangkai Irama 80-an merupakan satu showcase yang melibatkan lapan artis popular sekitar tahun 80-an lalu iaitu Rohana Jalil, Ibnor Riza, Zur Eda, Shidee, Salwa Abdul Rahman, Razis Ismail, Raja Emas dan beliau sendiri.
Showcase ini akan diadakan pada 21 Januari jam 8.30 malam di tempat yang sama sidang media ini diadakan.
Justeru, apabila melibatkan nama-nama besar artis 80-an, sudah tentulah Nassier mahukan sesuatu yang mengimbas semula era pada tahun tersebut. Maka tercetuslah idea nama Setangkai Irama.
“Setangkai Irama merupakan antara program yang popular pada waktu itu. Jadi kami kembalikan nostalgia dengan memberikan nama tersebut. Para artis yang terlibat juga akan menyanyikan lagu-lagu popular masing-masing. Jadi memang malam itu adalah malam 80-an,” jelasnya.
Sejurus mendengar cerita tersebut, Gempal yakin dan percaya ramai yang membesar dengan lagu-lagu 80-an akan muncul pada malam showcase itu nanti. Sudah pasti rindukan suasananya dan lagu-lagu yang akan dipersembahkan secara live.
Lebih menarik, selain daripada dihiburkan dengan persembahan oleh lapan orang artis yang pada Gempal kesemuanya sangat ramah, anda boleh bergambar seberapa banyak dengan mereka.
Percayalah, mereka tidak lokek untuk bergambar, malah jika masa mengizinkan mungkin lebih daripada 24 lagu yang akan diperdengarkan.
Apa tidaknya, ini kerana dalam perancangan juga, ramai artis-artis lama dan baru yang akan dijemput untuk menjadi tetamu serta turut menyokong program tersebut.
Gempal yakin malam itu akan jadi malam yang cukup istimewa untuk dikenang.
“Insya-ALLAH, kita berharap begitu juga. Ini merupakan projek pertama dan mungkin selepas ini nanti, jika sukses, kita akan buat lagi dan panggil artis-artis 80-an yang lain pula untuk menghiburkan tetamu.
“Artis 80-an cukup ramai, jadi kita akan beri peluang sama rata kepada semua untuk merasai suasana persembahan tersebut.
“Jadi jika rindu kenalah hadir ke malam Setangkai Irama 80-an di Putrajaya,” jelas Nassier yang merupakan pemilik Nassier Wahab Productions selaku penganjur showcase ini.
Di sinilah, Gempal puji usaha Nassier untuk membantu rakan-rakannya yang lain dan bersama-sama membuat persembahan. Beliau tidak lupa untuk terus bersama rakan-rakannya walaupun sudah bergelar Datuk.
“Tak kisahlah nak panggil Nassier ke?, Abang ke?, Datuk ke?, saya okay sahaja. Yang penting datang nanti tarikh 21 Januari itu, ada makanan istimewa dan hadiah cabutan bertuah. Paling best hadiah tiket penerbangan. Maklumat lanjut boleh la ke Instagram dan Facebook artis-artis yang terlibat ini,” katanya.
The post Kebangkitan artis-artis 80-an appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Kebangkitan artis-artis 80-an
Anda sekarang membaca artikel Kebangkitan artis-artis 80-an dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/01/kebangkitan-artis-artis-80-an.html