Judul : Kantoi! 2 Pasangan Selebriti Korea Didakwa Asyik Bercinta
link : Kantoi! 2 Pasangan Selebriti Korea Didakwa Asyik Bercinta
Kantoi! 2 Pasangan Selebriti Korea Didakwa Asyik Bercinta
Semalam, peminat muzik dan hiburan Korea dikejutkan dengan laporan Dispatch yang mendedahkan dua pasangan selebriti popular yang kini dikatakan sedang menjalani hubungan cinta.
Pasangan pertama ialah ketua kumpulan Big Bang, G-Dragon yang khabarnya menjalin hubungan istimewa dengan bekas anggota kumpulan After School, Jooyeon.
..
Spekulasi tambah kukuh apabila gambar mereka bercuti bersama di Pulau Jeju selama empat hari baru-baru ini. GD dan Jooyeon terbang ke pulau itu dengan penerbangan beransingan namun mereka kemudian bertemu di pulau berkenaan. Jooyeon juga dilihat turut ditemani seorang pengurus Big Bang.
Berdasarkan foto yang tersebar, memang tidak ada bukti langsung dua bintang ini berdua-duan.
Namun disebabkan ada rakaman video memperlihatkan Jooyeon berjalan dan di temani seorang pengurus Big Bang, justeru ia menimbulkan tanda tanya dan mencurigakan. Lebih-lebih lagi ini bukan pertama kali kedua artis ini dikaitkan dengan gosip mereka menjalinkan hubungan.
..
Sebelum ini pernah tersebar sebuah video yang merakamkan G-Dragon dan Jooyeon meluang masa bersama. Ketika itu mereka bercuti di Hawaii, bagaimanapyn wakil agensi kedua-dua artis itu menyangkal hubungan mereka dan mengatakan percutian mereka turut disertai beberapa teman lain.
Bagaimanapun, agensi YG Entertainment dan Better Entertainment sehingga kini masih belum memberikan kenyataan rasmi mengenai gosip terkini yang mengaitkan artis mereka itu.
..
Sementara satu lagi pasangan ialah bintang drama Father is Strager, Lee Joon dan Jung So Min yang didakwa menjalin hubungan intim selepas momen menunjukkan bekas anggota kumpulan Mblaq itu menghantar kekasihnya pulang beraya dirakamkan Dispatch.
Dua bintang ini dikatakan mula berpacaran pada 29 Disember lalu selepas mereka dilihat bersiar-siar di sebuah pusat membeli belah dan makan malam bersama.
..
Selepas mereka sama-sama membintangi drama Father Is Strager yang siarannya berakhir pada Ogos lalu, Jung So Min membintangi drama Because This Is My First Life dan Lee Joon pula memulakan latihan ketenteraan pada Oktober lalu.
Dalam pada itu agensi pasangan ini mengesahkan artis mereka kini sedang menjalin hubungan dan saling menyokong antara satu sama lain.
The post Kantoi! 2 Pasangan Selebriti Korea Didakwa Asyik Bercinta appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Kantoi! 2 Pasangan Selebriti Korea Didakwa Asyik Bercinta
Anda sekarang membaca artikel Kantoi! 2 Pasangan Selebriti Korea Didakwa Asyik Bercinta dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/01/kantoi-2-pasangan-selebriti-korea.html