Judul : Farid Kamil ditahan: Azad Jasmin luah rasa pelik
link : Farid Kamil ditahan: Azad Jasmin luah rasa pelik
Farid Kamil ditahan: Azad Jasmin luah rasa pelik
PELAKON popular, Azad Jazmin mengakui rasa pelik, selain merasakan seperti yang tidak kena dengan penahanan Datuk Farid Kamil pada Khamis lalu.
Menurut Azad atau Azad Jazmin John Louis Jeffri, Farid yang dikenalinya adalah seorang yang budiman dan sentiasa merendah diri.
“Sekenal aku dengan Farid dia seorang yang merendah diri, dia baik dengan orang. Namun apa yang aku dengar tentang dia membuatkan aku terkejut.
“Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Semoga kes ini dapat diselesaikan cara aman dan damai,” ujarnya menerusi komen di laman sosial Farid.
Azad dalam masa sama mengakui agak terkejut dengan berita penahanan aktor dan rakan seperjuangannya .
Terdahulu, Farid ditahan reman pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini pada Khamis.
Majistret Zakir Asyraf Zubir membenarkan permohonan itu dan memerintahkan Farid, 37, direman selama empat hari bermula Jumaat hingga Isnin.
Dalam pada itu, Azad menerusi video yang dimuat naik di Instagramnya berharap netizen dan peminat-peminatnya tidak terus memberi komen negatif sehingga mengaibkan pelakon itu.
Dia juga berharap orang ramai dapat mendoakan perkara yang baik dan permudahkan urusan pelakon filem itu.
“Saya mohon netizen dan peminat-peminat saya tidak mengaibkan Datuk Farid Kamil kerana dia mempunyai anak-anak dan keluarga.
“Kalau kita nak komen negatif kita fikir masak-masak dahulu,” ujarnya.
The post Farid Kamil ditahan: Azad Jasmin luah rasa pelik appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Farid Kamil ditahan: Azad Jasmin luah rasa pelik
Anda sekarang membaca artikel Farid Kamil ditahan: Azad Jasmin luah rasa pelik dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/01/farid-kamil-ditahan-azad-jasmin-luah.html