Judul : Enrique, Anna Akhirnya Kongsi Foto Si Kembar
link : Enrique, Anna Akhirnya Kongsi Foto Si Kembar
Enrique, Anna Akhirnya Kongsi Foto Si Kembar
Umum sedia maklum, penyanyi Enrique Iglesias merupakan salah satu artis sangat menjaga privasi tidak berkongsi hal peribadinya kepada umum apatah lagi ‘menayangkan’ di media sosial.
Bagaimanapun, demi tidak mengecewakan peminat, bintang yang menjalani hidup bersama bekas ratu tenis dunia, Anna Kournikova ini terbuka hati untuk berkongsi harta paling tidak ternilai di perolehinya baru-baru iaitu sepasang cahaya mata kembar.
Bayi-bayi comel yang lahir pada 16 Disember lal itu diberi nama Nicholas dan Lucy Iglesias. Genap sebulan kelahiran kembar itu, Enrique dan Anna memuat naik foto anak-anak mereka di laman Instagram masing-masing.
Ini merupakan foto pertama yang mereka kongsikan kepada umum.
Foto yang dimuat naik Enrique menunjukkan anaknya itu sedang tidur nyenyak dan beserta kapsyen “sinar matahariku”
Sementara foto yang dikongsi Anna pula menunjukkan aksi dia sedang mencium salah seorang anaknya
Pasangan ideal Hollywood ini sudah menjalinkan hubungan selama 16 tahun dan kini mereka menjalani kehidupan bahagia dan penuh privasi di sebuah pulau persendirian milik mereka di Miami Beach.
The post Enrique, Anna Akhirnya Kongsi Foto Si Kembar appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Enrique, Anna Akhirnya Kongsi Foto Si Kembar
Anda sekarang membaca artikel Enrique, Anna Akhirnya Kongsi Foto Si Kembar dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/01/enrique-anna-akhirnya-kongsi-foto-si.html