Dunia lakonan sebati dalam diri Siti Saleha

Dunia lakonan sebati dalam diri Siti Saleha - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dunia lakonan sebati dalam diri Siti Saleha, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dunia lakonan sebati dalam diri Siti Saleha
link : Dunia lakonan sebati dalam diri Siti Saleha

Baca juga


Dunia lakonan sebati dalam diri Siti Saleha

SETELAH berehat beberapa bulan selepas mendirikan rumah tangga, Julai lalu, pelakon cantik, Siti Saleha mengakui rindu untuk kembali aktif dalam lakonan.

Ternyata status sebagai seorang isteri tidak pernah mengalihkan minat dan kecintaannya terhadap dunia lakonan yang kini sudah sebati dalam diri.

“Setelah lama cuti saya bakal kembali dengan buah tangan terbaru, telefilem Bulan Bintang dan Sayang arahan Feroz Kader yang kini dalam sesi pembacaan skrip sebelum memulakan penggambaran tidak lama lagi.

“Selepas kahwin inilah telefilem pertama saya tampil mengambil watak utama sekali gus memerlukan saya untuk berada di lokasi penggambaran dalam satu tempoh yang panjang sebagaimana sebelum kahwin dulu.

“Apa pun saya sangat gembira kerana dapat buat apa yang disukai, malah suami juga tidak pernah menghalang atau meletakkan syarat untuk saya terus aktif dalam bidang lakonan ini,” ujar Saleha.

Tidak meletakkan sasaran tertentu dalam kerjaya seninya untuk tahun 2018, Saleha bagaimana pun percaya setiap tahun pasti ada sesuatu yang menarik berlaku dalam perjalanan kerjayanya.

“Saya jarang membuat perancangan tertentu dalam kerjaya kerana bagi saya setiap tahun itu adalah berbeza dan sentiasa datang dengan sesuatu yang baru untuk kita.

“Jadi saya lebih suka mengikut keadaan semasa kerana itu akan membuatkan saya rasa lebih teruja, apatah lagi bila memperoleh sesuatu yang tidak dijangkakan.

“Misalnya apa yang dilalui pada tahun lalu apabila drama lakonan saya, 7 Hari Mencintaimu mendapat sambutan luar biasa daripada peminat sebagaimana saya pernah lalui untuk drama Nora Elena beberapa tahun dulu, ” luahnya jujur.

Kembali didatangi banyak tawaran berlakon, Saleha mengakui kini lebih selektif dalam pemilihan naskhah terutama dari segi jalan cerita dan rakan lakon terlibat.

Bagaimanapun tindakan itu bukanlah kerana status barunya sebagai seorang isteri, sebaliknya untuk memastikan dia sentiasa tampil dengan hasil kerja terbaik buat peminat.

“Suami sangat memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon sejak kami belum berkahwin lagi dan saya tidak pernah risaukan tentang itu, asal sahaja saya menjaga batas sebagai seorang isteri.

“Ketika ini saya banyak mendapat tawaran berlakon telefilem dan sekitar Mac dan April ini pula lebih kepada drama bersiri.

“Namun beberapa tawaran diterima itu menawarkan watak lebih kurang sama termasuk watak sebagai ibu yang perlu saya teliti dengan sebaiknya agar karakter tersebut tidak meletakkan saya dalam situasi yang tidak kena tempat,” tegasnya yang turut membintangi drama Mandatori yang kini sedang hangat diperkatakan.

Dalam pada itu, Saleha turut berkongsi pandangannya tentang kecenderungan pihak tertentu tidak lagi memandang bakat sebagai keperluan utama dalam pemilihan pelakon sehingga sering beri kesan kepada orang lain.

“Sekarang sudah terlalu senang nak jadi pelakon, malah sesiapa pun boleh jadi pelakon meski tidak mempunyai bakat yang memenuhi keperluan sepatutnya.

“Saya tidak ada masalah dengan kehadiran pelakon baru, cuma ada sesetengah daripada mereka yang tidak serius dengan kerja dan beri masalah kepada orang lain.

“Saya pernah berada dalam situasi di mana saya berasa seperti berlakon seorang diri kerana rakan gandingan tidak menunjukkan usaha untuk memberikan yang terbaik dalam lakonan mereka.

“Saya tidak kata diri bagus kerana dulu pun saya banyak kekurangan dan tidak pernah berpeluang ke kelas lakonan, tetapi usaha untuk memperbaiki diri sentiasa ada kerana minat kita kepada kerjaya,” katanya lagi.

Pernah ditawarkan jadi penyanyi
Diacah dengan persoalan apakah dia tidak berhasrat untuk bergelar penyanyi dengan merakamkan single sebagaimana yang dilakukan kebanyakan pelakon seangkatannya, Saleha yang juga adik kepada Sam Bunkface ini pantas menggelengkan kepala.

“Memang ada tawaran yang datang , tetapi saya berpijak di bumi yang nyata dan takkan buat sesuatu yang saya tahu tak mampu lakukannya.

“Nyanyian bukan bidang saya dan sangat jelas saya tidak ada bakat menyanyi biarpun abang saya seorang penyanyi.

“Memang saya pernah muncul membuat persembahan nyanyian bersama abang saya di sebuah pentas beberapa tahun lalu, tetapi ia semata-mata untuk projek amal dan cukuplah sekadar itu,” katanya berterus-terang.

Bagaimanapun, Saleha tidak menolak kemungkinan untuk terlibat dalam bidang perniagaan tidak lama lagi.

Mengakui ia masih di peringkat awal perancangan, Saleha belum bersedia untuk berkongsi tentang perkara tersebut.

“Insya-ALLAH akan datang. Jika semuanya berjalan lancar sebagaimana yang diatur, saya akan kongsikan kepada semua.

“Jadi sebelum tiba saat itu, fokus saya adalah sepenuhnya kepada bidang lakonan dan mengharapkan agar mendapat lebih banyak naskhah yang bagus selepas ini,” katanya.

The post Dunia lakonan sebati dalam diri Siti Saleha appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Dunia lakonan sebati dalam diri Siti Saleha

Sekianlah artikel Dunia lakonan sebati dalam diri Siti Saleha kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dunia lakonan sebati dalam diri Siti Saleha dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/01/dunia-lakonan-sebati-dalam-diri-siti.html

Subscribe to receive free email updates: