DO[S]A, ganding nama besar dunia lakonan tiga negara

DO[S]A, ganding nama besar dunia lakonan tiga negara - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DO[S]A, ganding nama besar dunia lakonan tiga negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DO[S]A, ganding nama besar dunia lakonan tiga negara
link : DO[S]A, ganding nama besar dunia lakonan tiga negara

Baca juga


DO[S]A, ganding nama besar dunia lakonan tiga negara

BUAT julung kali, Astro tampilkan sebuah siri mini Nusantara premium eksklusif berjudul DO[S]A di platform digital, ‘on demand’ dan Astro GO, serentak dengan tayangan di televisyen menerusi Astro First saluran 480 dan NJOI.

DO[S]A merupakan naskhah Nusantara pertama di bawah slot ‘An Astro Original Series’ dan bakal bersiaran mulai 14 Februari yang merupakan mendapat sentuhan daripada Pengarah Terbaik Festival Filem Indonesia 2011, Ifa Isfansyah. Ifa Isfansyah merupakan sutradara yang mulai menempa nama menerusi pengarahan filem-filem hebat seperti Sang Penari, Garuda Di Dadaku dan Pendekar Tongkat Emas.

Lebih istimewa, siri ini juga menampilkan nama-nama besar dalam gelanggang lakonan serantau, seperti Datuk M Nasir, Remy Ishak dan Daniella Sya dari Malaysia, Ashraf Sinclair, Roy Marten, Maudy Koesnaedi, Hannah Al Rashid, Reuben Elishama dan Tegar Satrya (Indonesia) dan serta Shenty Feliziana dan Hisyam Hamid (Singapura).

Dihasilkan menerusi kerjasama bersama Astro, Arie Zaharie Production dan Capitol Entertainment Production, penggambaran DO[S]A telah berlangsung selama 58 hari, bermula Julai 2017 sehingga September lalu. Manakala Lokasi penggambaran rata-ratanya dilakukan di Jakarta Timur dan Jakarta Barat, Indonesia selain beberapa lokasi terpilih di negara ini. 

Datuk Khairul Anwar Salleh, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro menjelaskan, Astro sentiasa memiliki visi untuk menembusi pasaran serantau menerusi kandungan-kandungan kreatif yang tawarkan, terutamanya di platform digital.

Persaingan dalam dan luar negara dilihat semakin kompetitif terutamanya apabila audiens kini memiliki lebih pilihan dari aspek tontonan.

“Justeru, kami akan terus berusaha menampilkan kepelbagaian dari segenap sudut terutamanya dari segi genre sesebuah produk itu, penglibatan nama-nama yang berpengalaman di hadapan dan di belakang lensa kamera, dan yang paling utama, kandungan yang ditawarkan perlulah berkualiti tinggi, memiliki nilai-nilai komersial serta mempunyai identitinya yang tersendiri.

“Sejujurnya, saya cukup teruja dengan DO[S]A kerana merupakan kerjasama sulung Astro yang melibatkan Malaysia – Indonesia dalam melahirkan siri original Nusantara premium eksklusif istimewa untuk tontonan ramai.

DO[S]A turut merupakan karya pertama Nusantara yang kami tampilkan dalam slot ‘An Astro Original Series’,” katanya lagi.

Sebelum ini, Astro memulakan beberapa projek bagi menembusi pasaran serantau seperti 3 A.M. Bangkok Ghost Stories dengan pihak penerbitan dari negara Thailand, naskhah seram bertajuk Door dengan penerbitan Filipina, serta Cinta Paling Agung dan Polis Evo2 dengan kerjasama Indonesia.

The post DO[S]A, ganding nama besar dunia lakonan tiga negara appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel DO[S]A, ganding nama besar dunia lakonan tiga negara

Sekianlah artikel DO[S]A, ganding nama besar dunia lakonan tiga negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DO[S]A, ganding nama besar dunia lakonan tiga negara dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/01/dosa-ganding-nama-besar-dunia-lakonan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :